Front Of House PROSA MANIA : TEKAD
| Dari kiri : Ariq Rifqi, Min Yee dan saya, Dylon Jesse |
Saya berperanan sebagai vokalis juga Front of House untuk PROSA MANIA : TEKAD. Antara tenaga kerja yang menguruskan F.O.H untuk persembahan PROSA MANIA : TEKAD, Minyee dan juga Ariq Rifqi serta Syarifah Zulaykha. Kami ditugaskan untuk menghias dan mencantikkan bahagian hadapan pintu masuk (lobi) ke Panggung Eksperimen ASWARA termasuk di bahagian luar. Kerja-kerja ini telah di lakukan selama dua hari. Namun begitu perbincangan untuk konsep dan idea telah dilakukan beberapa minggu yang lepas sebelum berlangsungnya PROSA MANIA : TEKAD sambil dibantu oleh Encik Safwan (Tok Ayah).
Dalam kakitangan ini ia diketuai oleh saya sendiri Dylon Jesse @ Francis, secara keseluruhannya ia berjalan dengan lancar namun begitu sedikit masalah teknikal yang telah berlaku semasa kejadian persembahan dimana satu ruang panel yang sudah kami siapkan telah di buka semula kerana panel yang digunakan dituntut oleh tuan empunya. Dengan itu kami terpaksa melakukan kerja-kerja menghias semula dengan waktu yang amat terhad dan padat sebelum berlangsungnya pementasan.
Idea dan konsep yang telah ditentukan oleh kami di aplikasikan dalam hiasan ini.
- Dylon Jesse @ Francis π
ASK 0120
8 Ogos 2017
Pada hari ini kami masih berlatih dan run-thru untuk PROSA MANIA : TEKAD. Kami memulakan latihan dengan memanaskan badan dahulu yang diketuai oleh Penolong Pengarah Persembahan, Priyangka. Selepas itu, kami meneruskan dengan lagu overture iaitu lagu Dream Catcher.
Seterusnya, kami meneruskan lagi dengan latihan Tiga Sekawan dan sedikit perubahan dilakukan dalam adegan mereka. Seterusnya, kami membuat latihan untuk lagu "Don't Really Care About Us". Run-thru diteruskan dengan adegan watak Diane, Yasmin dan Hairi dimana pada hari ini hanya pemegang watak Yasmin dan Hairi yang hadir bagi memperkemaskan adengan mereka. Seterusnya, latihan untuk lagu Dream Catcher untuk persembahan Glow In The Dark. Latihan kami diakhiri dengan lagu ASWARA.
Adegan watak empat sekawan (mewakili senior)
Kumpulan musician
Malam itu kami akhiri latihan kami dengan sedikit komen daripada En. Adika, Priyangka dan Hafiz Affandi. Oh ya! Malam ni kumpulan musician menjalankan bump in secara berperingkat berikutan harus menunggu ruang pentas di Panggung Eksperimen dikosongkan sepenuhnya oleh produksi yang terlibat dalam persembahan diraja.
- Syaqir Haiqal π
ASK 0122
9 Ogos 2017
Hari ni bump in secara rasminya ke dalam Panggung Eksperimen, ASWARA! Lepas semua habis class bagi subjek Pengenalan Inovasi dan Keusahawanan, semua terus berkumpul di Panggung Eksperimen untuk menjalankan kerja sebagai satu pasukan. Walau bagaimanapun, mesti ada yang curi tulang. Biasalah tu, mungkin dia fikir dia raja π
Okay, jam 11:30 pagi, bahagian teknikal memulakan kerja mereka terlebih dahulu. Begitu juga dengan kumpulan musician yang diketuai oleh Hasni Amir. Bagi kumpulan ensemble, kami semuanya cuba membantu bagi mana-mana pihak yang memerlukan seperti bahagian Front of HouseI yang diketuai oleh Sharifah Zulaykha juga merupakan salah seorang ensemble. Untuk bahagian teknikal lighting & sound, mereka diketuai oleh Encik Adika serta dibantu oleh Encik Tomoe dan Encik Yusmar.
![]() |
| Lighting : Penampakan Tuah disitu |
![]() |
| Lighting : Tok ayah tu jadi tugu negara ke dekat hujung tu? |
Selepas makan tengahari, ensemble berkumpul di Blackbox, ASWARA bagi menjalankan run-thru seperti biasa yang kali yang terakhir di situ. Tak dinafikan penat, sangat penat. Kemudian, sesudah selesai run-thru, semua berkumpul semula di Panggung ET bagi menjalankan run-thru pertama di sana bagi menyesuaikan diri dengan keadaan pentas itu. Run-thru selesai hampir pada jam 11 malam. Kejap! Kerja kami tidak habis disitu sahaja.
Saya dan rakan sekelas yang mengambil subjek Rekaan Komunikasi Visual, meneruskan kerja dalam mempercantikkan pentas, mengecat pentas, memasang langsir dan sebagainya. Kerana ianya merupakan penilaian kami untuk semester akhir ini. Kami selesai semua kerja pada jam 1:30 pagi sambil diawasi oleh Encik Safwan (Tok Ayah). Bagi bahagian FOH, saya tidak berkesempatan untuk membantu kerana sudah sangat letih bekerja seharian suntuk tetapi dimaklumkan mereka selesai pada jam hampir 2:30 pagi sambil dibantu oleh orang lain. To be continued ..
- Afiqah Shamsi π
ASK 0155
FULL DRESS
10 Ogos 2017
Bagi sesi full dress di sebelah malam. Latihan kami bagi kumpulan musician telah diubah kepada jam 10 pagi untuk sesi warm-up dan soundcheck bagi setiap instrument yang digunakan. Hasni Amir (MD) dan vokalis iaitu Dylon Jesse dan Khairunisa turut datang untuk memperbetulkan suara dengan muzik. Kami diminta daripada Hasni untuk praktis lagu Gemuruh kerana kami masih tidak berjaya untuk mengikuti tempo bagi lagu tersebut. Hasni juga memberi penekanan kepada saya sebagai pemain gitar bass dan Mingle (pianist) untuk terus praktis lagu bagi babak Amir dan Ain kerana kami masih lemah pada lagu itu. Setelah itu, Azri Azraai selaku juru teknikal akan set-up bunyi pada setiap instrument agar sekata semasa pementasan berlangsung. Kemudian, pada jam 12 tengah hari kami rehat untuk makan.
![]() |
| Salah satu babak full dress, terima kasih kepada @nureenizazi untuk gambar ini |
Jam 7.25 malam, semua berkumpul di dalam tengah pentas Panggung Eksperimen untuk mendengar taklimat daripada semua jawatan terutama sekali daripada Encik Adika selaku Pengarah dan juga Priyangka selaku Pembantu Pengarah. Kami diberi kata-kata semangat serta pada semua ASASI 2016/2017. Setelah itu, pada jam 8.30 malam bermula full dress PROSA MANIA : TEKAD. Kumpulan musician sedaya upaya memainkan muzik dengan bersemangat dan jayanya.
Full dress PROSA MANIA : TEKAD tamat pada jam 9.50 malam dan semua berkumpul untuk mendengar sedikit komen tentang semua yang berlaku semasa full dress berlangsung dari mata Pengarah iaitu kelebihan dan kelemahan yang harus diperbaiki sebelum tibanya hari pementasan. Setelah itu, kami semua dijemput makan di bawah Panggung Eksperimen bersama En. Rosman Ishak.
- Qairil Asyraaf πΈ
ASK 0130
THE SHOW BEGIN!
11 Ogos 2017 (First show)
Show Begin! Bagi semua pelajar asasi seni kreatif.Bump in telah diperbaiki sedikit demi sedikit sehingga sempurna sebelum hari pertama persembahan. Pagi jumaat sebelum berlangsungnya pementasan pada sebelah malam, kami masih melakukan latihan dan run-thru pada pukul 11 pagi dan 3 petang bersama Encik Failul (Mr. B) di Blackbox kemudian di Panggung Eksperimen.
Penambahan gerak tari bagi lagu ASWARA dan kemaskini gerak tari bagi lagu Dream Catcher. Seterusnya calltime bermula pada pukul 7.15 malam dan briefing pada pukul 7.30 pm.Ucapan dan kata-kata semangat diberikan oleh Encik Rosman, Encik Adika, Priyangka dan juga Hafiz Affandi (SM). Kehadiran tetamu masuk ke dalam Panggung Eksperimen sekitar jam 8.20 malam, tepat jam 8.45 malam pementasan berlangsung.
Persembahan Glow In The Dark berjaya memberikan sentuhan kelainan.
Pementasan berlangsung dengan begitu meriah dan bersemangat pada hari pertama di mana, Sylvister Lyton yang memegang watak sebagai Spot 1 dan Encik Bos yang mendapat perhatian penonton sehingga seluruh Panggung Eksperimen penuh dengan gelak tawa. Pementasan berlangsung selama 1 jam 15 minit dan tamat pada sekitar jam 10.20 malam.
Pementasan pertama tamat dengan laungan lagu ASWARA. Rektor ASWARA dihadiahkan dengan sedikit cenderahati dari program Pengajian Asasi Seni Kreatif berwakilkan oleh Encik Rosman Ishak. Kemudian, sesi bertemu ahli keluarga serta sesi bergambar berlangsung. Tepat jam 11 malam, kembali ke sesi briefing seperti sebelum ini.
Lagu rasmi ASWARA sebagai penutup
PROSA MANIA : TEKAD
Encik Adika memberikan pandangan positif tentang pementasan pertama pada malam ini dan beliau amat gembira serta berpuas hati namun masih terdapat kritikan dari segi teknikal dan kesilapan skrip yang telah dilontarkan oleh pelakon. Malah, Encik Adika berkata jangan terlalu selesa berada pada tahap sekarang kerana harus dipertingkat dimana kami masih berbakikan satu lagi pementasan pada malam esok. Pementasan PROSA MANIA : TEKAD pada malam ini boleh dijual !!!!!
- Fazlieyana Zulkifleeπ
ASK 0140
12 Ogos 2017 (Second show)
HARI TERAKHIR PROSA MANIA
Ini adalah hari keramat kepada semua pelajar program Pengajian Asasi Seni Kreatif 2016/2017 kerana pada hari itu merupakan hari terakhir bagi pementasan PROSA MANIA : TEKAD. Walaupun banyak liku-liku asam garam kenangan manis yang telah kami tempuhi selama satu bulan setengah ini telahpun berakhir dengan tangisan kegembiraan dan bersedih kerana pada hari-hari tersebutnya menjadi hari seperti biasa.
Pada petang sebelum persembahan bermula. kami menjalani latihan seperti biasa iaitu pemanasan badan dan vokal. Terselit sedikit kelainan pada kali ini kerana Priyangka sebagai Pembantu Pengarah telah menyuruh kami baring ditengah pentas Panggung Eksperimen untuk menenangkan fikiran masing-masing. Tiada paa yang perlu difikirkan lagi. Tiada assignment. Tiada presentation. Haya ada jiwa kami sendiri. Dalam kami menghayati jiwa masing-masing priyanka telah datang disisi setiap orang dan memberi kata-kata semangat sebagai penaik semangat buat kami semua utnuk kali terakhir. Sesi ini bagi saya teramatlah sedih kerana beliau merupakan salah seorang tulang belakang PROSA MANIA : TEKAD yang amatlah kuat, amatlah berkerja keras dan mengharapkan PROSA MANIA TEKAD ini berjalan dengan lancar dan jayanya.
![]() |
| Sesi briefing untuk kali yang terakhir. |
Selepas itu, semua orang bersiap sedia di belakang pentas untuk pementasan terakhir PROSA MANIA : TEKAD. Semuanya saling berpelukan. Alhamdulilah tepat jam 10.10 malam secara rasminya PROSA MANIA : TEKAD telahpun tamat dengan jayanya. Kami semua berasa sungguh gembira dan teramatlah sedih kerana kenangan dan pembelajaran juga pengalaman yang kami terima di dalam menjayakan PROSA MANIA : TEKAD amatlah banyak dan bernilai kepada setiap individu. Biarpun tiada lagi PROSA MANIA : TEKAD, tetapi semangat setia kawan kami masih dirasai sehingga ke hari ini. Semua orang berpeluk-pelukan dan mengucapkan terima kasih antara satu sama lain kerana ini secara rasminya merupakan Projek Akhir ASASI kepada pelajar program Pengajian Asasi Seni Kreatif bagi sesi 2016/2017.
- Aqil Asyraaf π
ASK 0117
13 Ogos 2017
LAPORAN PROSA MANIA : TEKAD
Pementasan lapan segmen ini mengetengahkan sinopsis tersendiri. Katanya, seni adalah satu wadah, kerjaya yang sering kali disalah ertikan oleh segelintir masyarakat dan ibubapa. Maka, pementasan ini menjentik sedikit tentang isu yang berlegar, di samping ia juga merupakan luahan pelajar seni kita dari apa yang telah mereka alami. "Ini cita-cita, impian yang kita sendiri tentukan!"
Pementasan ini turut disajikan dengan beberapa adengan muzikal. Antara lagu yang dipilih ialah lagu "They Don't Really Care About Us" yang telah diparodikan ke Bahasa Melayu. lagu Kamilah Pelajar yang diadaptasi daripada lagu Kamilah Penyamun, lagu Gemuruh Jiwa dan Tanggal 31 yang dirancakkan, serta lagu olahan sendiri iaitu Impian dan Dream Catcher. Malah, pementasan ini turut menyelitkan adengan yang menyentuh jiwa, dipenuhi gelak ketawa, diselami tangis tawa oleh pelajar program Pengajian Asasi Seni Kreatif ini.
PROSA MANIA : TEKAD diakhiri dengan babak semua pelajar memakai jubah konvokesyen yang menandakan mereka berjaya biarpun menempuh pelbagai pahit manis dalam menjadi seorang anak seni. Lagu rasmi ASWARA turut dilagukan sebagai penutup PROSA MANIA : TEKAD. Pementasan ini dikenakan tiket berharga RM5 untuk pelajar dan RM10 untuk orang dewasa. Ini adalah projek perintis oleh pihak program Pengajian Asasi Seni Kreatif dengan kerjasama para pelajar bagi sesi 2016/2017. Semoga terus berjaya menjadi anak seni Malaysia!
Kuala Lumpur, 13 Ogos 2017 - Bertempat di Panggung Eksperimen, ASWARA, Kuala Lumpur telah diadakan pementasan Projek Seni Asasi iaitu PROSA MANIA : TEKAD pada 11 & 12 Ogos 2017 yang dilaksanakan oleh sekumpulan pelajar yang telah berjaya mengikuti program Pengajian Asasi Seni Kreatif selama setahun. Pementasan ini dihadiri oleh beberapa orang besar termasuk Rektor ASWARA iaitu Prof. Dato’ Ir. Dr. Hj. Mohd Rizon Juhari. Secara rumusnya.
Pementasan lapan segmen ini mengetengahkan sinopsis tersendiri. Katanya, seni adalah satu wadah, kerjaya yang sering kali disalah ertikan oleh segelintir masyarakat dan ibubapa. Maka, pementasan ini menjentik sedikit tentang isu yang berlegar, di samping ia juga merupakan luahan pelajar seni kita dari apa yang telah mereka alami. "Ini cita-cita, impian yang kita sendiri tentukan!"
Pementasan ini turut disajikan dengan beberapa adengan muzikal. Antara lagu yang dipilih ialah lagu "They Don't Really Care About Us" yang telah diparodikan ke Bahasa Melayu. lagu Kamilah Pelajar yang diadaptasi daripada lagu Kamilah Penyamun, lagu Gemuruh Jiwa dan Tanggal 31 yang dirancakkan, serta lagu olahan sendiri iaitu Impian dan Dream Catcher. Malah, pementasan ini turut menyelitkan adengan yang menyentuh jiwa, dipenuhi gelak ketawa, diselami tangis tawa oleh pelajar program Pengajian Asasi Seni Kreatif ini.
PROSA MANIA : TEKAD diakhiri dengan babak semua pelajar memakai jubah konvokesyen yang menandakan mereka berjaya biarpun menempuh pelbagai pahit manis dalam menjadi seorang anak seni. Lagu rasmi ASWARA turut dilagukan sebagai penutup PROSA MANIA : TEKAD. Pementasan ini dikenakan tiket berharga RM5 untuk pelajar dan RM10 untuk orang dewasa. Ini adalah projek perintis oleh pihak program Pengajian Asasi Seni Kreatif dengan kerjasama para pelajar bagi sesi 2016/2017. Semoga terus berjaya menjadi anak seni Malaysia!
PENEMUAN MEDIA BARU
- Miss Aisyah
Huo Yuan Jia Wushu Academy, Malaysia
Projection mapping turut dikenali sebagai video mapping dan spatial augmented reality, adalah sering digunakan untuk mengubah objek atau sesuatu bentuk yang tidak teratur ke sebuah permukaan seperti bangunan, dinding ataupun jalanraya. Dengan penggunaan perisian khas, objek yang berbentuk 2D mahupun 3D akan dimasukkan ke dalam program maya yang merangkumi sesuatu konsep, sama seperti didalam video diatas.
Video tersebut memaparkan seni mempertahankan diri bagi masyarakat Cina yang dikenali sebagai Wushu. Dan adengan ini dilakukan oleh HJY Wushu Academny, Malaysia. Bagi sesetengah artis, ini merupakan salah satu platform bagi memprosmosikan sesuatu benda kepada orang awam.
Projection mapping ini juga boleh digunakan dalam mempromosikan keunikan Malaysia seperti yang pernah diadakan dia DA+C FEstivalprojection mapping ini untuk menyajikan kemesraan antara kaum kita di Malaysia kepada para pelancong.
Berharap, masyarakat dan juga negara mampu membuka minda dan mata dan mencuba yang baru bagi membuktikan bahawa biarpun kita berlainan warna kulit tapi bila berkaitan perpaduan, kita bersatu. Pasti negara kita akan lebih disanjung.
- Hakim Rosnan π
ASK 0162
















