Ahad, 30 Julai 2017

RUN-THRU (STU ASWARA)

"Talent win games, but teamwork and intelligence win championships"
- Michael Jordan


24 Julai 2017



Ensemble berkumpul mengikut call time yang telah diberikan oleh Stage Manager di Studio Tari Utama dan latihan dimulakan dengan sesi memanaskan badan. Latihan harini berjalan macam biasa. Tetapi diserikan dengan run-thru bagi menyelaraskan semua babak yang ada supaya lebih jelas, kemas serta memberi impak kepada penonton akan datang. 



Bermula dengan babak nyanyian lagu  Gemuruh Jiwa, Kamilah Pelajar dan terus menerus sehingga ke babak akhir Prosa Mania ; TEKAD. Macam biasalah bila dah habis latihan, semua kena berkumpul untuk di'ceramah'kan oleh Direktor, Encik Adika dan Priyangka sebagai AD. Segala yang di'ceramah'kan bukan untuk suka-suka tapi bagi kami ianya adalah perkara yang untuk dimindsetkan bagi penambahbaikan pada latihan yang seterusnya.




- Dylon Jesse @ Francis 😎
  ASK 0120


25 Julai 2017
Latihan pada malam ini lebih memfokuskan kepada gerak tari bagi lagu overture yang akan dinyanyikan oleh Farhan Rosdi, Impian dan juga They Dont Really Care About Us. Posisi pentas juga turut diubah, paling penting tidak menghadap cermin dan semua cermin ditutupi dengan langsir hitam STU, siap ada tanda ABC. Sedihnya malam ni sikit sangat ensemble yang datang sebab yang lainnya tu ada terlibat dengan shooting di Istana Budaya. Dan tak tahu kenapa tapi malam KD jadi macam 'hyperactive' semacam, lepastu dia macam banyak gila idea yang dia keluarkan dan boleh digunapakai. Semua gelak tawa malam ni sebab perlakuan KD yang kelakar. Idea dia tu bukan semualah, ada sesetengah idea dia tu. 


Dihujung latihan pada malam tu, ensemble dihadiri oleh seorang alumni dari Fakulti Teater iaitu Amir Ameezan.. Dengan bangganya, latihan malam ni ,lagi bagus biarpun tak kesemua ensemble hadir untuk menjayakan latihan malam niπŸŽ‰ Akhir latihan agak tegang, sebab Priyangka marah gila dengan ensemble yang tidak hadir latihan tanpa memberitahunya dulu. Oleh itu, Erra dan Zulaykha berhutang 30 squad  sebagai denda mereka. (HAHAHAHA PADAN MUKA)





Anggap jela video ni macam sesi ambil ilham.
Dah macam-macam improvisasi keluar.



- Syakir Haiqal πŸ˜‡
  ASK 0122

26 Julai 2017

Calltime macam biasalah. Benda yang buat semua ensemble macam terkejut beruk malam ni sebab dua orang pensyarah Fakulti Teater iaitu Encik Iefiz Alaudin dan Dekan Fakulti Teater, Dr. Wong. Dorang datang bukan atas tujuan yang sama. Dr. Wong hadir untuk melihat tarian yang akan dipersembahkan di Blossom Festival pada 1 Ogos 2017. Elok je dia pilih lagu They Dont Really Care About Us tapi mungkin sebab tarian hambar. Dia tukar nak pula lagu Gemuruh. Ensemble yang terlibat ikut jela, dah makan minum ditanggung (HUHUHU) 


Kemuncaknya, bila Encik Iefiz nak tengok Full Run-Thru. Haa masa ni semua dah cuak gila sebab kebanyakkannya pernah ambil subjek Teater masa semester 2 lepas. Dah fahamlah dengan gaya muka Encik Iefiz tu, belum lagi komen-komen dia. Bila semua ensemble  berkumpul belakang pentas. Semua macam 'Kenapa masani lah Encik Iefiz nak muncul, yawwah?" Okay then, run-thru keep 

going on till the end.


Encik Iefiz, sebelum kahwin (Sekarang dah kahwin)



Maka dengan ini, bermulalah sesi kritikan (HAHAHAHAHA *gelak jahat sikit*) Macam biasalah, tak lontarkan suara tu memang dah jadi komen rasmi dah. Tak semena-mena Amir kena hentam, dikatakan lakonan dia macam dia ni over cover macho (Amir kan ada lesung pipi). Dia anggukkan jela. Kemudian beralih kepada Mommy Priyangka, kesian Mommy dia tak sihat masani tapi gigih juga datang latihan nak tengok 'anak-anak' dia bekerjasama. Last sekali, Encik Adika merumuskan bahawa latihan malam ni macam ikut arahan sebab munculnya Encik Iefiz, dia kata dia ada senyum tengok run-thru malam ni. Sesi bersalaman dengan Encik Iefiz, semua pulang dengan lega (sebab Encik Iefiz dah takda) *HEHEHEHEHEHE



- Afiqah Shamsi πŸ’…
  ASK 0155



27 Julai 2017


Latihan malam ni lebih dikemaskinikan untuk blocking oleh Direktor, Encik Adika Zainal. Run-thru berjalan seperti semalamnya tapi agak mengecewakan oleh beliau. Mungkin sebab komitmen yang diberikan oleh kumpulan ensemble tidak sehebat semalamnya. Maksud semalamnya? Kemunculan Encik Iefiz tulah. Alhamdulillah, keadaan kumpulan ensemble dapat fahami dengan baik oleh Encik Adika. Faham-fahamlah kalau dah akhir semester apa jadi dekat student. Assignment yang pelik-pelik dah jadi satu hal. Kafe untuk cari makan tengah malam tak buka, dah jadi dua hal. Penat tak cukup tidur, dah jadi tiga hal. Banyak betul sampai jadi lima enam hal tau. 



Bagi musician pula, dorang masih menjalankan latihan bagi kesemua lagu yang akan digunapakai untuk Prosa Mania : TEKAD di bilik muzik, Bangunan Baru, ASWARA. Bila arrangement muzik diubah untuk menjadikan lagu tu luar dari yang biasa. Memang orang cakap, kalau tak boleh tabah jangan ambil muzik. K JANGAN AMBIL MUZIK. Latihan dorang habis agak lambat kalau nak dibanding dengan kumpulan ensemble (Bersyukur siapa yang tergolong dalam ensemble tu)



Latihan habis agak lewat kerana menjalankan dua kali run-thru. Bukan lewat je, dah tahap lapar tak boleh nak bendung dah malam tu. Stress pula level 999 sebab nak keluar pun jadi masalah dengan bantuan polis bantuan, RELA je yang memahami kitaorang yang student-student ni. Selesai briefing dan juga ceramah yang patut disampaikan. Semua pulang dengan bahagianya mencari katil masing-masing




Lagu 'Reflection' (semua tak behave masani)


- Qairil Asyraaf 🎸
ASK 0130



28 Julai 2017




Diserikan sedikit dengan kehadiran Han Zalini iaitu alumni Fakulti Teater ASWARA yang dulunya dia ni salah seorang pelajar kepada Direktor kitaorang, Encik Adika Zainal. ASASI ni tahu nama Han Zalini pun sebab beliau pernah memegang watak dalam Keraton, PeTA Fakulti Teater haritu. Okay, lepas dah habis sesi suai kenal ni.



Run-thru berjalan seperti hari-hari sebelumnya untuk dipertontonkan oleh Han Zalini. Run-thru malam ni agak berlainan sebabnya dah ada blocking masing-masing untuk dibiasakan. So, bila masa show nanti takda buat pentas macam 'Dunia Ini Ana Yang Punya', takda k takda. Cue diberi oleh Encik Adika Zainal sehingga ke babak akhir. 




Inilah Han Zalini yang diperkatakan itu.


Seterusnya ke sesi briefing, Han Zalini menyatakan bahawa dia kurang rasa tentang pembawakan watak oleh ensemble. Dia mahukan jika watak itu diberikan, maka seharusnya dikaji serta diperhatikan terlebih dahulu supaya tidak kekok bila ditonjolkan (En. Adika mengangguk) Kemudian, lontaran suara haruslah jelas supaya tak nampak macam cakap dalam kelambu (En. Adika mengangguk lagi sekali) Giliran En. Adika dan juga Priyangka. Ni best sikit sebab mostly ensemble komplain sebab kena tegur dengan warden sebab balik lambat, dan lagi sebab cari makanan. So En. Adika kata lantakkan je warden tu sebab dia tak tahu faham student. Dan Ain mengesyorkan supaya duit dikumpul untuk dibelikan makanan serentak ala-ala buffet tu. Selesai pembincangan semuanya. Pulanglah kami menemui istirehat yang terbazir.


- Fazlieyana ZulkifleeπŸ’…
ASK 0140


30 Julai 2017

PENEMUAN MEDIA BARU
-Miss Aisyah



Kalini tentang Twitter pula, okay. Aplikasi ni dilancarkan pada 15 Julai 2006, 2 tahun selepas Facebook. Aplikasi pada mulanya dianggap sebagai saingan bagi Facebook tapi cuma pada jangka masa yang pendek. Pengasasnya pula Jack Dorsey, Noah Glass, Biz Stone dan Evan Williams. 

Twitter lebih diumumkan dan digemari untuk dilawati oleh para remaja. Content yang diberikan sangat bersesuaian sebagai diari pendek. Dimana setiap tweet dihadkan kepada 140 patah perkataan sahaja. Dan tiada had bagi setiap tweet. Twitter dikenali sebagai SMS dari internet. Kadar peratus bagi promosi hanya 6% berbanding pointless babble.

Pada tahun 2016, Twitter mempunyai pengguna lebih daripada 319 pengguna aktif setiap bulanan. Jack Dorsey dan pasukannya berharap dan berusaha agar Twitter dapat menjadi aplikasi yang dapat setaraf dengan tahap aplikasi Facebook.


-  Aqil Asyraaf 😎
ASK 0117
- Hakim Rosnan πŸ’€
ASK 0162

Ahad, 23 Julai 2017

JANGAN LUPA TEMUJANJI KITA!

"Courage is the most important of all the virtues because without courage, you cannot practice any other virtue consistently."
- Maya Angelou


17 Julai 2017


Siapa Hasni Amir?


Hasni Amir, abang kepada 3 orang adik perempuannya. Merupakan anak sulung dan kebanggaan keluarganya. Hasni juga seorang yang berbakat besar terutama sekali dalam bidang muzik. Multitalented sebabnya dia ni berkebolehan dalam memainkan semua jenis alat muzik. Prosa Mania : TEKAD ini merupakan ideanya selepas dia mendapat ilham daripada sebuah karya asal 'New Hope - In The Heart Of The Sea'. 

Beliau juga sangat berdesikasi dalam membahagikan masanya dengan kerjayanya sebagai pemuzik, begitu juga dengan sahabat baiknya iaitu Rakizul juga seorang pemuzik. Hasni mencari rezeki untuk menanggung perbelanjaannya dengan bermain alat muzik (Seakan Allahyarham P.Ramlee), memartabatkan seni muzik dalam dirinya. Ingin saksikan karya ini berjaya dengan jayanya? Maka dengan ini, kalianya semua diwajibkan untuk hadir menonton pementasan ini pada 11 & 12 Ogos ini bertempat di Panggung Eksperimen, ASWARA. Jumpa disana!



Hasni dah suruh datang tu! Datang!



- Dylon Jesse @ Francis 😎
  ASK 0120



18 Julai 2017


Selasa pada jam 8 malam sehingga 10 malam. Kami pelajar Asasi Seni Kreatif melakukan latihan seperti biasa. Saya sebagai kumpulan ensemble untuk ProSa mania ini. Latihan pada malam itu adalah merupakan latihan full  "Run Thru" untuk lakonan sahaja. Selain itu, kami memperkemaskan lagi pergerakan dan lakonan kami. Kemdudiannya, kami melakukan sedikit perubahan dalam jalan cerita oleh pengarah.



Rajah di atas kami berlatih untuk koreo lagu "They Don't Really Care About Us" oleh Michael Jackson.

   Latihan untuk watak-watak utama iaitu, Diane, Yasmin dan Hairi.



Jadi, latihan pada malam itu diakhiri dengan sedikti komen daripada pengarah dan Pengurus Pentas. Latihan pada malam itu, mempunyai sedikit kekurangan dalam lakonan dan pergerakan. namun, kami akan melakukan lebih baik pada hari akan datang sebelum hari persembahan berlangsung.

-Syaqir Haiqal πŸ˜‡
 ASK 0122




19 Julai 2017


Helo dan Hi untuk hari latihan ProSa ke-17 bagi bulan Julai ini.

Latihan hari ini diistimewakan dengan kedatangan pensyarah fakulti tari yang dikenali sebagai Cikgu Boy. Kacak dan lembut gitu bila dia ajar tau. Penat dan teramat penat sebab bukan semua orang boleh menari, kan? Struggle is the key of successful. Dari semua yang macam kayu, termasuk saya sendiri macam 'magic' dalam filem Now You See Me sebab semua boleh menari selepas sejam berlatih, berlatih dan terus berlatih. Tak percaya kitaorang punya struggle tu? Tengok gambar dekat bawah ni. (Sempat lagi berlari ambil handphone untuk bagi gambar dekat viewers blog ni. Lagi gigih!)


Pengolahan tarian untuk lagu Gemuruh (Cikgu Boy yang pakai baju warna maroon tu)

*On song - Oh mak kau HAHAHAHAHAHAHAHA
Bukan senang nak tengok Abe Jack ni fokus. Selalu dia fokus dekat rambut je *Flip hair 😏

Ni semua acah-acah busy ke macam mana ni? Pengarah ProSa bersama Pengarah Pengurusan dan juga Pengurus Pentas.
Orang-orang kuat ProSa (Semua dah berpunya k 😎)

Latihan tamat dengan sedikit ulasan dari Cikgu Boy, Encik Adika dan Priyangka. Tak lupa juga dengan quotes Hamlet sebelum bersurai. Cukuplah tu, kalau nak tengok hasil yang sepenuhnya kenalah datang pada 11 & 12 Ogos 2017 bertempat di Experimental Theatre, ASWARA (boleh search di aplikasi Google Maps atau Waze). Bermula jam 8:30 malam. Harga tiket RM 5 untuk pelajar dan RM 10 untuk orang awam. Bawa kawan-kawan semua datang! Tak rugi!  Sebarang pertanyaan lanjut, boleh ke akaun instagram @prosamania.

See you soon, viewers! 

- Afiqah Shamsi πŸ’…
  ASK 0155




20 Julai 2017


Saya berperasan sebagai musician didalam Prosa Mania : TEKAD ini. Jadi pada hari ini bagi kumpulan musician, kami memfokuskan latihan kepada lagu pembukaan Prosa Mania : TEKAD yang bertajuk Impian. Lagu opening "Impian" ini sebernarnya diadaptasi dari soundtrack kartun Anime iaitu "Rakuen No Tsubasa". Semua bersemangat apabila memainkan lagu ini. Semasa dirakamkan, ada yang tersilap dan terlambat masuk tempo lagu terutamanya saya. Itulah namanya praktis yang memerlukan lebih latihan untuk menampakkan lebih sempurna. 'Practise makes perfect"


Song Jie dan cellonya.

Mingle dan pianonya.

Jaden Teh dan gitarnya

Latihan berakhir dengan sedikit komen daripada Direktor Muzik kami iaitu Hasni Amir. Dia dengan yakinnya mengatakan jika digilap lebih lagi. Persembahan muzik ini akan turut sama-sama menyerikan serta menaikkan semangat kami semua di hari berlangsungnya Prosa Mania : TEKAD pada 11 & 12 Ogos ini!


-Qairil AsyraafπŸ˜€
 ASK 0130




22 Julai 2017



Berikutan pada hari Sabtu ini, latihan di hujung minggu ditangguhkan mkepada minggu hadapan. Tempat latihan juga telah ditukarkan ke Blackbox ASWARA. Dengan kesempatan ini saya mempromosikan lagi Prosa Mania : TEKAD. Jangan lupa update terbaru tentang latihan kami pada hujung minggu hadapan!



"INI CITA-CITA, IMPIAN YANG KITA SENDIRI TENTUKAN"


Sebuah pementasan  TEATER MUZIKAL yang berkisarkan tentang perjalanan, dilema dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar-pelajar SENI. lakaran sejarah ini diterjemahkan dalam bentuk persembahan muzikal yang hebat dan menarik. Menggabungkan semua aspek seni dalam satu persembahan. Jadi kepada sesiapa yang mahu melihat anak seni baru yang akan menggilangi dunia


Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan projek seni akhir kami ini!


PROSA MANIA!!!


HARI        : JUMAAT DAN SABTU

TARIKH      : 11 &12 OGOS 2017
MASA        : 8.30PM
TIKET       : RM 5 (PELAJAR) & RM 10 (ORANG AWAM)
TEMPAT      : PANGGUNG EKSPERIMEN ASWARA






Stay tuned! To be continued...

- Aqil Asyraaf 😎
  ASK 0117




23 Julai 2017


"Belajar biarlah hingga ke akhir nyawa" ayat yang menerangkan sedikit sebanyak tentang kepentingan pelajaran di dunia.Namun adakah kita tahu tentang kehidupan sebelum dan selepas memasuki alam pengajian tinggi?Setiap graduan mempunyai pilihan untuk meneruskan pelajaran mengikut pilihan masing-masing ada yang mempunyai cita-cita untuk meneruskan pelajaran untuk menjadi jururebang,menjadi ahli koprat,doktor dan banyak lagi namun memilih seni sebagai pilihan pengajian menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pelajar dan ibubapa.

ProSSa memberi peluang kepada orang ramai tentang cabaran mereka yang mengambil seni sebagai pilihan mereka.Ada yang mempunyai masalah dari segi pendapatan,masa hadapan,halangan ibu bapa dan lain.Mengambil bidang seni sebagai pilihan masa depan merupakan suatu cabaran kerana bidang ini masih belum mendapat tempat di kalangan orang Malaysia yang berpikiran bidang seni ini tiada masa hadapan.Bagi pelajar yang menyambung pelajaran dalam bidang seni pula,mereka mempunyai cabaran dan yang terutamanya halangan daripada ibubapa.Antara cabaran lain bagi mereka ialah yuran yang dikenakan ketika di pengajian tinggi sehingga ada yang sanggup berkerja sampingan untuk menjelaskan yuran yang dikenakan.

Cabaran selepas menamatkan pengajian merupakan antara yang paling dirasai oleh setiap pelajar kerana mereka perlu mencari pekerjaan.Kebanyakan pelajar akan mengambil pekerjaan yang setaraf dengan pengajian mereka.Namun ada mahasiswa yang tidak dapat perkerjaan kerana peluang perkerjaan pada zaman sekarang adalah terlalu sedikit.Tidak terlepas bagi mereka yang mengambil bidang seni sebagai perkerjaaan mereka juga terpaksa melalui cabaran peluang perkerjaan.Bagi mereka yang mengambil bidang seni,mereka terpaksa merasai cabaran dalam industri kreatif kerana di Malaysia,industri kreatif masih sedikit sahaja peluang pekerjaan yang ditawaran dan terdapat pelbagai saingan.
       
Memberi pendedahan dan kesedaran adalah misi utama ProSSa 2017 tentang pelajar yang mengambil bidang seni.Membuka ruang minda dan pemikiran orang ramai tentang para pelajar yang mengambil bidang seni untuk membuktikan bahawa pelajar seni juga boleh berjaya

Sekian dari saya yang memegang watak sebagai Mamat Hamlet.
     

- Hakim Rosnan πŸ’€
  ASK 0162 

Ahad, 16 Julai 2017

Hello PROSA!

"Sometimes it takes good fall to really know where you stand"
- Hayley Williams


Hello PROSA!


3 Julai 2017

Tercatatlah sejarah bagi asasi batch 2016/2017 bagi permulaan Projek Seni Asasi kami. Bertarikh 3 Julai 2017, ngam-ngam lepas tak berapa nak puas berhari raya. Dah kena datang first meeting dekat Studio Tari Utama, boleh dikatakan semua yang ambil bahagian datang malam ni. Tak kira lah bahagian teknikal ke, bahagian seni pentas ke, bahagian produksi ke, semuanya datang. So, malam ni disuam-suamkan dengan script reading.

Kumpulan ensemble berkumpul dalam satu bulatan besar, kemudian script reading dimulakan dari sebelah kanan En. Adika Zainal sehingga ke orang yang terakhir. Untuk bahagian produksi, perbincangan berjalan dihujung ruang STU agar tidak menganggu kumpulan ensemble. Kami berbincang tentang kerja-kerja yang sepatutnya dijalankan oleh produksi dan sebagainya. Bagi teknikal, dorang ni duk menung pasang telinga jela sebab Encik Toemoe tak dapat hadir malam tu. (KESIANNYA πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚)

Meeting habis pada jam 10 malam tapi belum jam 10 malam lagi bahagian lain dah balik dulu, cuma tinggal yang bahagian ensemble je dekat STU tu. Bahagian ensemble masih dalam pemilihan watak, jadi diberi masa sehingga esok malam. Bahagian produksi juga memainkan peranan sepanjang latihan berjalan, lebih-lebih lagi bahagian promosi.

(Gambar tak banyak sebab fokus sangat nak first meeting) Selepas selesai briefing dan semuanya, semua orang pulang ke pangkal jalan masing-masing sebab bulan yang paling memenatkan dah tiba!


-Dylon Jesse @ Francis 😎
ASK 0120




4 Julai 2017


Latihan rasmi pertama PROSA jatuh pada tanggal diatas, calltime pukul 7:45 malam tapi ada juga yang macam janji melayu. Yela, kalau boleh nak action macam raja pula bila datang lambat ke latihan. Okay! Harini pemilihan watak diteruskan lagi, I means sambung yang semalam punya kerjalah. Lepas semua dah settle. 

Muncullah pula Hasni Amir ni dekat STU, dia potong orang punya excited bila Encik Adika kata "Jumpa esok malam!" bermakna latihan dah habis. Hasni nak buat casting vokal untuk menyanyikan setiap babak yang berlaku. BLABLABLABLA lepas semuanya dah officially settle. Haa yang ni baru betul-betul lega sebab memang dah boleh balik walaupun lewat sikit dari masa yang ditetapkan. Tunggu apa lagi? Balik isi perut lepastu tidur, esok ada class inovasi pukul 9 pagi 😩


- Syaqir Haiqal 😎
ASK 0122




5 Julai 2017

Latihan malam pada tarikh 5 Julai 2017 hingga 7 Julai 2017 takda apa yang nak diupdate sangat cuma latihan berjalan seperti biasa. Belum ada lagi posisi pentas, blocking dan semuanya untuk kumpulan ensemble. Tetapi pada malam 6 Julai 2017, musician telah memulakan latihan rasmi mereka di bilik muzik Bangunan Baru ASWARA selepas mendapat nota-nota pengubahan lagu daripada Hasni Amir. Maka, bermulalah juga a little tiny seksa untuk musician. (HAHHAAHAHA BARU ADIL!)

Latihan malam ni habis seperti biasa, balik bilik isi perut lepas tu tidur membuta sebab esoknya dah hujung minggu. Ni update macam 3 serangkai sebab 3 orang punya ha, taknak bazir ruang blog ni nak tulis benda yang sama 😁


- Afiqah Shamsi πŸ’…
ASK 0155 / 5-7-2017
- Fazlieyana Zulkifli πŸ’…
ASK 0140 / 6-7-2017
- Qairil Asyraaf 🎸
ASK 0130 / 7-7-2017




8 Julai 2017

Siapa Adika Zainal?

Beliau adalah pengarah bagi Prosa Mania : TEKAD ini. Bernama penuh Mohd Adika bin Zainal. Lahir pada tanggal 23 Disember 1983. Seorang suami sepenuh masa. Beliau memegang jawatan sebagai Pensyarah separuh masa di ASWARA. Begitu juga dengan rakan baiknya, Encik Yusmar Affendi. Beliau merupakan seorang graduasi ASWARA pada tahun 2010 (Degree in Theatre, Directing). Beliau juga merupakan seorang pelakon teater diluar ASWARA. Ada juga karya diadaptasi menjadi sebuah pementasan. Ideologi beliau sangat hebat. Tidak hairanlah jika ramai yang mengatakan kepada kami "Bestlah korang, Prosa ada Abang Adika yang handle)

Sorry Encik Adika, jumpa gambar ni je HEHEHEHE

Bagi semester 3 ini, subjek Projek Seni ini dibawah bimbingan beliau. Dinamakan Projek Seni Akhir ASASI, maka terwujudlah sebuah pementasan separa muzikal yang diberi nama PROSA MANIA : TEKAD. Sejurus tamat sahaja silibus bagi subjek ini, beliau menggesa semua pelajar ASASI sesi 2016/2017 sama-sama berganding bahu dalam menjayakan pementasan ini.

Misi utama beliau ialah ingin menjadikan pementasan ini lebih baik daripada yang lepas dan juga menjadi batchmark terbaru bagi Pengajian Asasi Seni ASWARA. Misi beliau dah power! Jadi yang diluar sana jangan lupa hadir pada 11 & 12 Ogos ini ya!

ASWARA MELANGKAH KE HADAPAN BERSAMA TRADISI



- Aqil Asyraaf 😎
ASK 0117




9 Julai 2017

PENEMUAN MEDIA BARU
- Miss Aisyah


Bila sebut Facebook, semua orang tahu. Dari yang bersekolah rendah sampailah yang dah berumur pun ada juga akaun Facebook. Hebat betul penghasilan media baru oleh Mark Zuckeberg yang secara rasminya beroperasi pada 4 Februari 2004. Sudah hampir 15 tahun, Facebook ni beroperasi di seluruh dunia. Untung yang diperolehi oleh beliau, sudah semestinya berbillion USD. Sedikit info tentang Facebook.

Facebook adalah sebuah aplikasi laman sosial yang boleh menghubungkan orang diserata dunia. Bukan setakat itu, Facebook juga digunakan sebagai ruang untuk memaparkan aktiviti luar dan dalam negara yang tidak dipaparkan secara langsung di kaca televisyen. Ada juga yang menggunakan aplikasi Facebook sebagai laman untuk mereka meluangkan masa dengan bermain game melalui akses daripada akaun mereka sendiri. Facebook juga harus dikemaskini untuk mengikuti perubahan terbaru daripada aplikasi ini. 

Pada hari ini, Facebook telah mencatat sebanyak 2 billion pengikut setiap bulanan. Sangat hebat penangang aplikasi ini. Tetapi setiap kelebihan pasti adanya keburukan atau kemudaratan atau apa-apa je. Facebook tidak mempunyai keselamatan yang kuat dimana menghalang hacker menembusi mana-mana akaun pengguna lain untuk tujuan yang buruk. Tetapi ini semua bergantung kepada kewaspadaan pengguna itu sendiri untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Oh ya! PROSA MANIA juga menggunakan Facebook sebagai rangkaian terdekat bagi mempromosikan pementasan ini kepada orang luar. Berharap mesej kami ini dapat disampaikan dengan sebaiknya!



- Hakim Rosnan πŸ’€
ASK 0162

Ahad, 9 Julai 2017

Aswara

LOGO RASMI ASWARA

MISI
  • Menjadi sebuah institusi pembangunan modal insan dalam bidang seni budaya dan warisan yang relevan dan bermutu bagi memenuhi keperluan negara.
  • Melahirkan golongan intelektual, karyawan dan seniman yang berilmu, mahir dan professional ke arah membangunkan industri kreatif, kesenian dan warisan negara.
  • Menjadi pusat sumber, khidmat nasihat pendidikan dan eksperimentasi seni budayan dan warisan.
  • Menjadi badan pengiktirafan pengamal professional seni budaya dan warisan.

VISI

Menjadi sebuah institusi induk pengajian dan latihan seni yang menerajui seni budaya dan waridan yang diiktiraf oleh negara serantau dan antarabangsa serta menyumbang ke arah pembangunan sosial.

OBJEKTIF

Objektif penubuhan ASWARA adalah sebagai sebuah institusi pengajian terulung dalam menyediakan ruang pembelajaran dan pengajaran, pusat pendidikan, penerbitan akademik dan khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan.

- Dylon Jesse @ Francis😎
  ASK 0120

READY FOR THE SHOW!

7 Ogos 2017 Front Of House PROSA MANIA : TEKAD Dari kiri : Ariq Rifqi, Min Yee dan saya, Dylon Jesse Saya berperanan sebagai v...