Ahad, 30 Julai 2017

RUN-THRU (STU ASWARA)

"Talent win games, but teamwork and intelligence win championships"
- Michael Jordan


24 Julai 2017



Ensemble berkumpul mengikut call time yang telah diberikan oleh Stage Manager di Studio Tari Utama dan latihan dimulakan dengan sesi memanaskan badan. Latihan harini berjalan macam biasa. Tetapi diserikan dengan run-thru bagi menyelaraskan semua babak yang ada supaya lebih jelas, kemas serta memberi impak kepada penonton akan datang. 



Bermula dengan babak nyanyian lagu  Gemuruh Jiwa, Kamilah Pelajar dan terus menerus sehingga ke babak akhir Prosa Mania ; TEKAD. Macam biasalah bila dah habis latihan, semua kena berkumpul untuk di'ceramah'kan oleh Direktor, Encik Adika dan Priyangka sebagai AD. Segala yang di'ceramah'kan bukan untuk suka-suka tapi bagi kami ianya adalah perkara yang untuk dimindsetkan bagi penambahbaikan pada latihan yang seterusnya.




- Dylon Jesse @ Francis 😎
  ASK 0120


25 Julai 2017
Latihan pada malam ini lebih memfokuskan kepada gerak tari bagi lagu overture yang akan dinyanyikan oleh Farhan Rosdi, Impian dan juga They Dont Really Care About Us. Posisi pentas juga turut diubah, paling penting tidak menghadap cermin dan semua cermin ditutupi dengan langsir hitam STU, siap ada tanda ABC. Sedihnya malam ni sikit sangat ensemble yang datang sebab yang lainnya tu ada terlibat dengan shooting di Istana Budaya. Dan tak tahu kenapa tapi malam KD jadi macam 'hyperactive' semacam, lepastu dia macam banyak gila idea yang dia keluarkan dan boleh digunapakai. Semua gelak tawa malam ni sebab perlakuan KD yang kelakar. Idea dia tu bukan semualah, ada sesetengah idea dia tu. 


Dihujung latihan pada malam tu, ensemble dihadiri oleh seorang alumni dari Fakulti Teater iaitu Amir Ameezan.. Dengan bangganya, latihan malam ni ,lagi bagus biarpun tak kesemua ensemble hadir untuk menjayakan latihan malam niπŸŽ‰ Akhir latihan agak tegang, sebab Priyangka marah gila dengan ensemble yang tidak hadir latihan tanpa memberitahunya dulu. Oleh itu, Erra dan Zulaykha berhutang 30 squad  sebagai denda mereka. (HAHAHAHA PADAN MUKA)





Anggap jela video ni macam sesi ambil ilham.
Dah macam-macam improvisasi keluar.



- Syakir Haiqal πŸ˜‡
  ASK 0122

26 Julai 2017

Calltime macam biasalah. Benda yang buat semua ensemble macam terkejut beruk malam ni sebab dua orang pensyarah Fakulti Teater iaitu Encik Iefiz Alaudin dan Dekan Fakulti Teater, Dr. Wong. Dorang datang bukan atas tujuan yang sama. Dr. Wong hadir untuk melihat tarian yang akan dipersembahkan di Blossom Festival pada 1 Ogos 2017. Elok je dia pilih lagu They Dont Really Care About Us tapi mungkin sebab tarian hambar. Dia tukar nak pula lagu Gemuruh. Ensemble yang terlibat ikut jela, dah makan minum ditanggung (HUHUHU) 


Kemuncaknya, bila Encik Iefiz nak tengok Full Run-Thru. Haa masa ni semua dah cuak gila sebab kebanyakkannya pernah ambil subjek Teater masa semester 2 lepas. Dah fahamlah dengan gaya muka Encik Iefiz tu, belum lagi komen-komen dia. Bila semua ensemble  berkumpul belakang pentas. Semua macam 'Kenapa masani lah Encik Iefiz nak muncul, yawwah?" Okay then, run-thru keep 

going on till the end.


Encik Iefiz, sebelum kahwin (Sekarang dah kahwin)



Maka dengan ini, bermulalah sesi kritikan (HAHAHAHAHA *gelak jahat sikit*) Macam biasalah, tak lontarkan suara tu memang dah jadi komen rasmi dah. Tak semena-mena Amir kena hentam, dikatakan lakonan dia macam dia ni over cover macho (Amir kan ada lesung pipi). Dia anggukkan jela. Kemudian beralih kepada Mommy Priyangka, kesian Mommy dia tak sihat masani tapi gigih juga datang latihan nak tengok 'anak-anak' dia bekerjasama. Last sekali, Encik Adika merumuskan bahawa latihan malam ni macam ikut arahan sebab munculnya Encik Iefiz, dia kata dia ada senyum tengok run-thru malam ni. Sesi bersalaman dengan Encik Iefiz, semua pulang dengan lega (sebab Encik Iefiz dah takda) *HEHEHEHEHEHE



- Afiqah Shamsi πŸ’…
  ASK 0155



27 Julai 2017


Latihan malam ni lebih dikemaskinikan untuk blocking oleh Direktor, Encik Adika Zainal. Run-thru berjalan seperti semalamnya tapi agak mengecewakan oleh beliau. Mungkin sebab komitmen yang diberikan oleh kumpulan ensemble tidak sehebat semalamnya. Maksud semalamnya? Kemunculan Encik Iefiz tulah. Alhamdulillah, keadaan kumpulan ensemble dapat fahami dengan baik oleh Encik Adika. Faham-fahamlah kalau dah akhir semester apa jadi dekat student. Assignment yang pelik-pelik dah jadi satu hal. Kafe untuk cari makan tengah malam tak buka, dah jadi dua hal. Penat tak cukup tidur, dah jadi tiga hal. Banyak betul sampai jadi lima enam hal tau. 



Bagi musician pula, dorang masih menjalankan latihan bagi kesemua lagu yang akan digunapakai untuk Prosa Mania : TEKAD di bilik muzik, Bangunan Baru, ASWARA. Bila arrangement muzik diubah untuk menjadikan lagu tu luar dari yang biasa. Memang orang cakap, kalau tak boleh tabah jangan ambil muzik. K JANGAN AMBIL MUZIK. Latihan dorang habis agak lambat kalau nak dibanding dengan kumpulan ensemble (Bersyukur siapa yang tergolong dalam ensemble tu)



Latihan habis agak lewat kerana menjalankan dua kali run-thru. Bukan lewat je, dah tahap lapar tak boleh nak bendung dah malam tu. Stress pula level 999 sebab nak keluar pun jadi masalah dengan bantuan polis bantuan, RELA je yang memahami kitaorang yang student-student ni. Selesai briefing dan juga ceramah yang patut disampaikan. Semua pulang dengan bahagianya mencari katil masing-masing




Lagu 'Reflection' (semua tak behave masani)


- Qairil Asyraaf 🎸
ASK 0130



28 Julai 2017




Diserikan sedikit dengan kehadiran Han Zalini iaitu alumni Fakulti Teater ASWARA yang dulunya dia ni salah seorang pelajar kepada Direktor kitaorang, Encik Adika Zainal. ASASI ni tahu nama Han Zalini pun sebab beliau pernah memegang watak dalam Keraton, PeTA Fakulti Teater haritu. Okay, lepas dah habis sesi suai kenal ni.



Run-thru berjalan seperti hari-hari sebelumnya untuk dipertontonkan oleh Han Zalini. Run-thru malam ni agak berlainan sebabnya dah ada blocking masing-masing untuk dibiasakan. So, bila masa show nanti takda buat pentas macam 'Dunia Ini Ana Yang Punya', takda k takda. Cue diberi oleh Encik Adika Zainal sehingga ke babak akhir. 




Inilah Han Zalini yang diperkatakan itu.


Seterusnya ke sesi briefing, Han Zalini menyatakan bahawa dia kurang rasa tentang pembawakan watak oleh ensemble. Dia mahukan jika watak itu diberikan, maka seharusnya dikaji serta diperhatikan terlebih dahulu supaya tidak kekok bila ditonjolkan (En. Adika mengangguk) Kemudian, lontaran suara haruslah jelas supaya tak nampak macam cakap dalam kelambu (En. Adika mengangguk lagi sekali) Giliran En. Adika dan juga Priyangka. Ni best sikit sebab mostly ensemble komplain sebab kena tegur dengan warden sebab balik lambat, dan lagi sebab cari makanan. So En. Adika kata lantakkan je warden tu sebab dia tak tahu faham student. Dan Ain mengesyorkan supaya duit dikumpul untuk dibelikan makanan serentak ala-ala buffet tu. Selesai pembincangan semuanya. Pulanglah kami menemui istirehat yang terbazir.


- Fazlieyana ZulkifleeπŸ’…
ASK 0140


30 Julai 2017

PENEMUAN MEDIA BARU
-Miss Aisyah



Kalini tentang Twitter pula, okay. Aplikasi ni dilancarkan pada 15 Julai 2006, 2 tahun selepas Facebook. Aplikasi pada mulanya dianggap sebagai saingan bagi Facebook tapi cuma pada jangka masa yang pendek. Pengasasnya pula Jack Dorsey, Noah Glass, Biz Stone dan Evan Williams. 

Twitter lebih diumumkan dan digemari untuk dilawati oleh para remaja. Content yang diberikan sangat bersesuaian sebagai diari pendek. Dimana setiap tweet dihadkan kepada 140 patah perkataan sahaja. Dan tiada had bagi setiap tweet. Twitter dikenali sebagai SMS dari internet. Kadar peratus bagi promosi hanya 6% berbanding pointless babble.

Pada tahun 2016, Twitter mempunyai pengguna lebih daripada 319 pengguna aktif setiap bulanan. Jack Dorsey dan pasukannya berharap dan berusaha agar Twitter dapat menjadi aplikasi yang dapat setaraf dengan tahap aplikasi Facebook.


-  Aqil Asyraaf 😎
ASK 0117
- Hakim Rosnan πŸ’€
ASK 0162

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

READY FOR THE SHOW!

7 Ogos 2017 Front Of House PROSA MANIA : TEKAD Dari kiri : Ariq Rifqi, Min Yee dan saya, Dylon Jesse Saya berperanan sebagai v...