Ahad, 13 Ogos 2017

READY FOR THE SHOW!

7 Ogos 2017

Front Of House PROSA MANIA : TEKAD


Dari kiri : Ariq Rifqi, Min Yee dan saya, Dylon Jesse


Saya berperanan sebagai vokalis juga Front of House untuk PROSA MANIA : TEKAD. Antara tenaga kerja yang menguruskan F.O.H untuk persembahan PROSA MANIA : TEKAD, Minyee dan juga Ariq Rifqi serta Syarifah Zulaykha. Kami ditugaskan untuk menghias dan mencantikkan bahagian hadapan pintu masuk (lobi) ke Panggung Eksperimen ASWARA termasuk di bahagian luar. Kerja-kerja ini telah di lakukan selama dua hari. Namun begitu perbincangan untuk konsep dan idea telah dilakukan beberapa minggu yang lepas sebelum berlangsungnya PROSA MANIA : TEKAD sambil dibantu oleh Encik Safwan (Tok Ayah).

Dalam kakitangan ini ia diketuai oleh saya sendiri  Dylon Jesse @ Francis, secara keseluruhannya ia berjalan dengan lancar namun begitu sedikit masalah teknikal yang telah berlaku semasa kejadian persembahan dimana satu ruang panel yang sudah kami siapkan telah di buka semula kerana panel yang digunakan dituntut oleh tuan empunya. Dengan itu kami terpaksa melakukan kerja-kerja menghias semula dengan waktu yang amat terhad dan padat sebelum berlangsungnya pementasan. 

Idea dan konsep yang telah ditentukan oleh kami di aplikasikan dalam hiasan ini.

- Dylon Jesse @ Francis 😎
ASK 0120


8 Ogos 2017

Pada hari ini kami masih berlatih dan run-thru untuk PROSA MANIA : TEKAD. Kami memulakan latihan dengan memanaskan badan dahulu yang diketuai oleh Penolong Pengarah Persembahan, Priyangka. Selepas itu, kami meneruskan dengan lagu overture iaitu lagu Dream Catcher.

Seterusnya, kami meneruskan lagi dengan latihan Tiga Sekawan dan sedikit perubahan dilakukan dalam adegan mereka. Seterusnya, kami membuat latihan untuk lagu "Don't Really Care About Us". Run-thru diteruskan dengan adegan watak Diane, Yasmin dan Hairi dimana pada hari ini hanya pemegang watak Yasmin dan Hairi yang hadir bagi memperkemaskan adengan mereka. Seterusnya, latihan untuk lagu Dream Catcher untuk persembahan Glow In The Dark. Latihan kami diakhiri dengan lagu ASWARA.


Adegan watak empat sekawan (mewakili senior)

Kumpulan musician

Malam itu kami akhiri latihan kami dengan sedikit komen daripada En. Adika, Priyangka dan Hafiz Affandi. Oh ya! Malam ni kumpulan musician  menjalankan bump in secara berperingkat berikutan harus menunggu ruang pentas di Panggung Eksperimen dikosongkan sepenuhnya oleh produksi yang terlibat dalam persembahan diraja.


- Syaqir Haiqal πŸ˜‡
ASK 0122


9 Ogos 2017



Hari ni bump in secara rasminya ke dalam Panggung Eksperimen, ASWARA! Lepas semua habis class bagi subjek  Pengenalan Inovasi dan Keusahawanan, semua terus berkumpul di Panggung Eksperimen untuk menjalankan kerja sebagai satu pasukan. Walau bagaimanapun, mesti ada yang curi tulang. Biasalah tu, mungkin dia fikir dia raja πŸ˜‘

Okay, jam 11:30 pagi, bahagian teknikal memulakan kerja mereka terlebih dahulu. Begitu juga dengan kumpulan musician yang diketuai oleh Hasni Amir. Bagi kumpulan ensemble, kami semuanya cuba membantu bagi mana-mana pihak yang memerlukan seperti bahagian Front of HouseI yang diketuai oleh Sharifah Zulaykha juga merupakan salah seorang ensemble. Untuk bahagian teknikal lighting & sound, mereka diketuai oleh Encik Adika serta dibantu oleh Encik Tomoe dan Encik Yusmar.


Lighting : Penampakan Tuah disitu


Lighting : Tok ayah tu jadi tugu negara ke dekat hujung tu?

Selepas makan tengahari, ensemble berkumpul di Blackbox, ASWARA bagi menjalankan run-thru seperti biasa yang kali yang terakhir di situ. Tak dinafikan penat, sangat penat. Kemudian, sesudah selesai run-thru, semua berkumpul semula di Panggung ET bagi menjalankan run-thru pertama di sana bagi menyesuaikan diri dengan keadaan pentas itu. Run-thru selesai hampir pada jam 11 malam. Kejap! Kerja kami tidak habis disitu sahaja. 

Saya dan rakan sekelas yang mengambil subjek Rekaan Komunikasi Visual, meneruskan kerja dalam mempercantikkan pentas, mengecat pentas, memasang langsir dan sebagainya. Kerana ianya merupakan penilaian kami untuk semester akhir ini. Kami selesai semua kerja pada jam 1:30 pagi sambil diawasi oleh Encik Safwan (Tok Ayah). Bagi bahagian FOH, saya tidak berkesempatan untuk membantu kerana sudah sangat letih bekerja seharian suntuk tetapi dimaklumkan mereka selesai pada jam hampir 2:30 pagi sambil dibantu oleh orang lain. To be continued ..


- Afiqah Shamsi πŸ’…
ASK 0155


FULL DRESS
10 Ogos 2017

Bagi sesi full dress di sebelah malam. Latihan kami bagi kumpulan musician telah diubah kepada jam 10 pagi untuk sesi warm-up dan soundcheck bagi setiap instrument yang digunakan. Hasni Amir (MD) dan vokalis iaitu Dylon Jesse dan Khairunisa turut datang untuk memperbetulkan suara dengan muzik. Kami diminta daripada Hasni untuk praktis lagu Gemuruh kerana kami masih tidak berjaya untuk mengikuti tempo bagi lagu tersebut. Hasni juga memberi penekanan kepada saya sebagai pemain gitar bass dan Mingle (pianist) untuk terus praktis lagu bagi babak Amir dan Ain kerana kami masih lemah pada lagu itu. Setelah itu, Azri Azraai selaku juru teknikal akan set-up bunyi pada setiap instrument agar sekata semasa pementasan berlangsung. Kemudian, pada jam 12 tengah hari kami rehat untuk makan.

Salah satu babak full dress, terima kasih kepada
@nureenizazi untuk gambar ini

Jam 7.25 malam, semua berkumpul di dalam tengah pentas Panggung Eksperimen untuk mendengar taklimat daripada semua jawatan terutama sekali daripada Encik Adika selaku Pengarah dan juga Priyangka selaku Pembantu Pengarah. Kami diberi kata-kata semangat serta pada semua ASASI 2016/2017. Setelah itu, pada jam 8.30 malam bermula full dress PROSA MANIA : TEKAD. Kumpulan musician sedaya upaya memainkan muzik dengan bersemangat dan jayanya. 


Full dress PROSA MANIA : TEKAD tamat pada jam 9.50 malam dan semua berkumpul untuk mendengar sedikit komen tentang semua yang berlaku semasa full dress berlangsung dari mata Pengarah iaitu kelebihan dan kelemahan yang harus diperbaiki sebelum tibanya hari pementasan. Setelah itu, kami semua dijemput makan di bawah Panggung Eksperimen bersama En. Rosman Ishak.



- Qairil Asyraaf 🎸
ASK 0130


THE SHOW BEGIN!

11 Ogos 2017 (First show)

Show Begin! Bagi semua pelajar asasi seni kreatif.Bump in telah diperbaiki sedikit demi sedikit sehingga sempurna sebelum hari pertama persembahan. Pagi jumaat sebelum berlangsungnya pementasan pada sebelah malam, kami masih melakukan latihan dan run-thru pada pukul 11 pagi dan 3 petang bersama Encik Failul (Mr. B) di Blackbox kemudian di Panggung Eksperimen.

Penambahan gerak tari bagi lagu ASWARA dan kemaskini gerak tari bagi lagu Dream Catcher. Seterusnya calltime bermula pada pukul 7.15 malam dan briefing pada pukul 7.30 pm.Ucapan dan kata-kata semangat diberikan oleh Encik Rosman, Encik Adika, Priyangka dan juga Hafiz Affandi (SM). Kehadiran tetamu masuk ke dalam Panggung Eksperimen sekitar jam 8.20 malam, tepat jam 8.45 malam pementasan berlangsung.


Persembahan Glow In The Dark berjaya memberikan sentuhan kelainan.

Pementasan berlangsung dengan begitu meriah dan bersemangat pada hari pertama di mana, Sylvister Lyton yang memegang watak sebagai Spot 1 dan Encik Bos yang mendapat perhatian penonton sehingga seluruh Panggung Eksperimen penuh dengan gelak tawa. Pementasan berlangsung selama 1 jam 15 minit dan tamat pada sekitar jam 10.20 malam.

Pementasan pertama tamat dengan laungan lagu ASWARA. Rektor ASWARA dihadiahkan dengan sedikit cenderahati dari program Pengajian Asasi Seni Kreatif berwakilkan oleh Encik Rosman Ishak. Kemudian, sesi bertemu ahli keluarga serta sesi bergambar berlangsung. Tepat jam 11 malam, kembali ke sesi briefing seperti sebelum ini.


Lagu rasmi ASWARA sebagai penutup 
PROSA MANIA : TEKAD

Encik Adika memberikan pandangan positif tentang pementasan pertama pada malam ini dan beliau amat gembira serta berpuas hati namun masih terdapat kritikan dari segi teknikal dan kesilapan skrip yang telah dilontarkan oleh pelakon. Malah, Encik Adika berkata jangan terlalu selesa berada pada tahap sekarang kerana harus dipertingkat dimana kami masih berbakikan satu lagi pementasan pada malam esok. Pementasan PROSA MANIA : TEKAD pada malam ini boleh dijual !!!!!

- Fazlieyana ZulkifleeπŸ’… 
ASK 0140


12 Ogos 2017 (Second show)

HARI TERAKHIR PROSA MANIA


Ini adalah hari keramat kepada semua pelajar program Pengajian Asasi Seni Kreatif 2016/2017 kerana pada hari itu merupakan hari terakhir bagi pementasan PROSA MANIA : TEKAD. Walaupun banyak liku-liku asam garam kenangan manis yang telah kami tempuhi selama satu bulan setengah ini telahpun berakhir dengan tangisan kegembiraan dan bersedih kerana pada hari-hari tersebutnya menjadi hari seperti biasa.

Pada petang sebelum persembahan bermula. kami menjalani latihan seperti biasa iaitu pemanasan badan dan vokal. Terselit sedikit kelainan pada kali ini kerana Priyangka sebagai Pembantu Pengarah telah menyuruh kami baring ditengah pentas Panggung Eksperimen untuk menenangkan fikiran masing-masing. Tiada paa yang perlu difikirkan lagi. Tiada assignment. Tiada presentation. Haya ada jiwa kami sendiri. Dalam kami menghayati jiwa masing-masing priyanka telah datang disisi setiap orang dan memberi kata-kata semangat sebagai penaik semangat buat kami semua utnuk kali terakhir. Sesi ini bagi saya teramatlah sedih kerana beliau merupakan salah seorang tulang belakang PROSA MANIA : TEKAD yang amatlah kuat, amatlah berkerja keras dan mengharapkan PROSA MANIA TEKAD ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

Sesi briefing untuk kali yang terakhir.
Selepas itu, semua orang bersiap sedia di belakang pentas untuk pementasan terakhir PROSA MANIA : TEKAD. Semuanya saling berpelukan. Alhamdulilah tepat jam 10.10 malam secara rasminya PROSA MANIA : TEKAD telahpun tamat dengan jayanya. Kami semua berasa sungguh gembira dan teramatlah sedih kerana kenangan dan pembelajaran juga pengalaman yang kami terima di dalam menjayakan PROSA MANIA : TEKAD amatlah banyak dan bernilai kepada setiap individu. Biarpun tiada lagi PROSA MANIA : TEKAD, tetapi semangat setia kawan kami masih dirasai sehingga ke hari ini. Semua orang berpeluk-pelukan dan mengucapkan terima kasih antara satu sama lain kerana ini secara rasminya merupakan Projek Akhir ASASI kepada pelajar program Pengajian Asasi Seni Kreatif bagi sesi 2016/2017.


- Aqil Asyraaf 😎
ASK 0117



13 Ogos 2017

LAPORAN PROSA MANIA : TEKAD





Kuala Lumpur, 13 Ogos 2017 - Bertempat di Panggung Eksperimen, ASWARA, Kuala Lumpur telah diadakan pementasan Projek Seni Asasi iaitu PROSA MANIA : TEKAD pada 11 & 12 Ogos 2017 yang dilaksanakan oleh sekumpulan pelajar yang telah berjaya mengikuti program Pengajian Asasi Seni Kreatif selama setahun. Pementasan ini dihadiri oleh beberapa orang besar termasuk Rektor ASWARA iaitu Prof. Dato’ Ir. Dr. Hj. Mohd Rizon Juhari. Secara rumusnya.

Pementasan lapan segmen ini mengetengahkan sinopsis tersendiri. Katanya, seni adalah satu wadah, kerjaya yang sering kali disalah ertikan oleh segelintir masyarakat dan ibubapa. Maka, pementasan ini menjentik sedikit tentang isu yang berlegar, di samping ia juga merupakan luahan pelajar seni kita dari apa yang telah mereka alami. "Ini cita-cita, impian yang kita sendiri tentukan!"
Pementasan ini turut disajikan dengan beberapa adengan muzikal. Antara lagu yang dipilih ialah lagu "They Don't Really Care About Us" yang telah diparodikan ke Bahasa Melayu. lagu Kamilah Pelajar yang diadaptasi daripada lagu Kamilah Penyamun, lagu Gemuruh Jiwa dan Tanggal 31 yang dirancakkan, serta lagu olahan sendiri iaitu Impian dan Dream Catcher. Malah, pementasan ini turut menyelitkan adengan yang menyentuh jiwa, dipenuhi gelak ketawa, diselami tangis tawa oleh pelajar program Pengajian Asasi Seni Kreatif ini.

PROSA MANIA : TEKAD diakhiri dengan babak semua pelajar memakai jubah konvokesyen yang menandakan mereka berjaya biarpun menempuh pelbagai pahit manis dalam menjadi seorang anak seni. Lagu rasmi ASWARA turut dilagukan sebagai penutup PROSA MANIA : TEKAD. Pementasan ini dikenakan tiket berharga RM5 untuk pelajar dan RM10 untuk orang dewasa. Ini adalah projek perintis oleh pihak program Pengajian Asasi Seni Kreatif dengan kerjasama para pelajar bagi sesi 2016/2017. Semoga terus berjaya menjadi anak seni Malaysia!




PENEMUAN MEDIA BARU
- Miss Aisyah

Huo Yuan Jia Wushu Academy, Malaysia 

Projection mapping turut dikenali sebagai video mapping dan spatial augmented reality, adalah sering digunakan untuk mengubah objek atau sesuatu bentuk yang tidak teratur ke sebuah permukaan seperti bangunan, dinding ataupun jalanraya. Dengan penggunaan perisian khas, objek yang berbentuk 2D mahupun 3D akan dimasukkan ke dalam program maya yang merangkumi sesuatu konsep, sama seperti didalam video diatas.

Video tersebut memaparkan seni mempertahankan diri bagi masyarakat Cina yang dikenali sebagai Wushu. Dan adengan ini dilakukan oleh HJY Wushu Academny, Malaysia. Bagi sesetengah artis, ini merupakan salah satu platform bagi memprosmosikan sesuatu benda kepada orang awam.

Projection mapping ini juga boleh digunakan dalam mempromosikan keunikan Malaysia seperti yang pernah diadakan dia DA+C FEstivalprojection mapping ini untuk menyajikan kemesraan antara kaum kita di Malaysia kepada para pelancong.

Berharap, masyarakat dan juga negara mampu membuka minda dan mata dan mencuba yang baru bagi membuktikan bahawa biarpun kita berlainan warna kulit tapi bila berkaitan perpaduan, kita bersatu. Pasti negara kita akan lebih disanjung.

- Hakim Rosnan πŸ’€
ASK 0162

Ahad, 6 Ogos 2017

RUN-THRU (BLACKBOX ASWARA)

31 Julai 2017



Posisi pentas pada kali ini, lebih berbeza daripada latihan sebelum ni. Tiada lagi cermin, tiada lagi tirai hitam, tiada lagi ruang yang besar bagi latihan run-thru yang berbaki lagi 10 hari. Debaran kian terasa. Rasminya latihan malam dikombinasikan dengan musician  PROSA MANIA : TEKAD di Blackbox ASWARA.



Latihan dimulakan dengan sesi memanaskan badan pada jam 8 malam. Run-thru berjalan seiring dengan muzik yang dimainkan. Musician lebih memfokuskan kepada gubahan lagu Gemuruh Jiwa. Dan ensemble turut memfokuskan kepada gerak tari bagi setiap lagu serta babak-babak penting. Mini run-thru dijalankan untuk menampakkan kelancaran babak dengan lagu dapat bekerjsama dengan baik. 

Latihan malam ini agak sederhana kerana mungkin ini pertama kali berkolaborasi dengan kumpulan musician. Untuk sesi briefing, Encik Adika mengatakan bahawa dia boleh nampak PROSA MANIA : TEKAD ini akan berjalan dengan baik semasa hari kejadian, cuma perlu digilap dengan lebih lagi. Memandangkan latihan berbaki lagi 8 hari, beliau mengharapkan kerjsama yang baik daripada kami semua.

Latihan dismissed pada jam 10:30 malam.



- Dylon Jesse @ Francis 😎
ASK 0120


1 Ogos 2017

Pada jam 4 petang, berlamgsungnya mesyuarat di antara kumpulan produksi ProSa. Perbincangan pada petang itu, mengenai prop, pentas, set dan kostum. Selain iti, terdapat lagi perbincangan mengenai Front of House dan berbagai lagi.



Pada jam 8 malam pula, bermulalah latihan. Latihan pada malam itu, dimulai dengan sesi memanaskan badan di antara pelakon. Latihan pada malam itu merupakan Rund Down, kami memulakan dengan Overture dan watak Tiga Sekawan.



Kemudiannya, diteruskan lagi dengan persembahan dan lakonan oleh para pelakon utama dan ensemble sehingga tamatnya lakonan dan persembahan kami. Selepas itu, kami berkumpul untuk sesi terakhir iaitu sesi komen daripada Pengarah dan Pengurus Pentas dan juga tetamu yang hadir untuk melihat Run Down kami yang dijemput oleh En. Adika.


                      Adegan watak Tiga Sekawan.

Para pemuzik yang dikendali oleh Pengarah Muzik, Hasni Amir.

             
- Syaqir Haiqal πŸ˜‡
ASK 0122



2 Ogos 2017



Latihan malam ni special sikit sebab Priyangka dan Amira ditugaskan untuk membuat gerak tari di STU bagi lagu Reflection. Selepas sejam berlatih, kumpulan ensemble untuk ke Blackbox bagi melangsungkan run-thru. Sampai je Blackbox, Encik Adika kata lagu Reflection tu dibatalkan dan digantikan dengan lagu Dream Catcher yang diharapkan dapat menjadi selling point untuk PROSA MANIA : TEKAD ini. Semuanya macam Hah?! sebab dah sejam berlatih, tiba-tiba cancel. Bagi menyelamatkan keadaan, gerak tari tu masih diguna pakai, cuma tukar lagu je (Fuhhhh, legaaaaa)

Semua fokus, I je sempat pandang kamera πŸ‘€



Run-thru berjalan seperti biasa, ada babak yang perlu penambahbaikkan akan diberikan pada ketika itu juga. Oh ya! Latihan malam ni didatangi oleh seorang alumni ASWARA, dari Fakulti Teater tapi tak ingat pula apa nama dia (HEHEHE sorry). Selepas semuanya selesai. Sesi komen, kritikan dijalankan seperti biasa (benda wajib)

Sesi ini dimulakan oleh Encik Adika. Dari sudut pandangan beliau, latihan ini masih tidak nampak yang ianya akan menjadi sebuah pementasan yang bertemakan youth and trendy. Ada yang buat betul-betul, ada juga yang main-main. Beliau cuma mahukan apa yang difikirkan olehnya boleh terjadi semasa hari kejadian. Lepastu, dari pandangan alumni fakulti teater itu pula bahawa kita kena pandai menjiwai watak. Tak kisah lah macam mana pun, kena pandai sesuaikan dengan persekitaran. Jangan teragak-agak nak cuba, buat je. Dan Mommy Priyangka akan memberi penekanan untuk tidak diulangi pada latihan esok. 

Sebelum bersurai kitaorang telah meminta pelepasan untuk latihan esok dibatalkan kerana ASASI diwajibkan oleh Encik Iefiz Alaudin untuk menonton pementasan LANGKAU di KLPAC pada jam 8:30 malam, bagi meneliti dan memahami seni pentas dari segi lontaran suara, improvisasi gerak dan sebagainya. Encik Adika memberi keizinan dan latihan dismissed.



                                                             
- Afiqah Shamsi πŸ’…
ASK 0155


3 Ogos 2017

Saya berperanan sebagai salah seorang musician dalam PROSA MANIA : TEKAD. Jadi saya menceritakan tentang latihan untuk musician  pada hari ini. 

Latihan mula pada jam 6 petang, semua musician berkumpul untuk memulakan praktis di Blackbox, ASWARA. Latihan memfokuskan kepada lagu Gemuruh Jiwa. Kemudian pada jam 7 malam, kami dilepaskan untuk solat, berehat dan makan malam. Kami datang semula pada jam 8 malam, latihan tidak digabungkan dengan kumpulan ensemble  kerana mereka terlibat dengan pementasan LANGKAU di KLPAC.  Kalini musician difokuskan kepada lgu Gemuruh Jiwa dan Tanggal 31 keranan kebanyakkan lari daripada tempo sebenar.

Lagu Tanggal 31

Kemudian, berlaku penambahan nyanyian bagi babak Amir Hairi secara solo dalam lagu Dream Catcher. Saya dan Chu Mingle (pianist) terpaksa memainkan lagu itu yang bermotifkan sedih ataupun perasaan seorang remaja yang sering bersendirian. Selepas itu, run-thru semua lagu mengikut skrip dan Hasni Amir (music director) memberikan que bagi setiap lagu yang akan dimainkan. Biarpun run-thru, musician masih dtidak dapat mengikut tempo yang diberikan oleh Hasni Amir.

Setelah selesai, semua yang terlibat dipanggil untuk briefing dan mendengar komen daripada Hasni Amir. Semua bersurai pada jam 10 malam. Dinasihatkan untuk berehat dengan secukupnya.


- Qairil Asyraaf 🎸
ASK 0130


4 Ogos 2017

Calltime malam ni seperti biasa, pada jam 7.45 malam di BlackBox ASWARA. Latihan mula pada jam 8.30 malam kerana musician perlu latihan (warm-up) terlebih dahulu untuk dapat selesa dengan semua babak dan seiring dengan latihan lakonan. Malam ini merupakan run-thru bagi semua scene buat kali kedua. Kehadiran ketua program Asasi Seni Kreatif iaitu Encik Rosman Ishak untuk melihat perkembangan latihan PROSA MANIA : TEKAD yang telah berlangsung selama sebulan lebih.

Dari sudut pandangan dan komen yang diberikan oleh beliau adalah positif namun harus ditingkatkan lagi, memperbanyakkan latihan dan semangat kerana katanya "Usaha dah nampak juga kena lagi kuat, kena kerah lagi sebab belum kukuh lagi juga dengan musician". Bagi babak 3 sekawan, Encik Rosman Ishak memberi pandangan bahawa harus membuat penambahan gerakan dan mengubah step kerana beliau tidak nampak kemana hala tuju yang hendak ditonjolkan oleh 3 sekawan itu semasa melakukan adengan tersebut. 










Bagi pandangan Encik Adika Zainal pada latihan malam ini ialah beliau mahukan rentak lagu dari musician yang lebih gig dan trendy, bermaksud lebih menampakkan enjoy diatas pentas serta dapat gel dan in dengan para pelakon untuk PROSA MANIA : TEKAD. Seperti biasa juga, Priyangka akan memberikan sedikit petanda-petanda stress ketika briefing pada akhir latihan. Semuanya bersurai kecuali kumpulan musician yang masih meneruskan latihan bersama Hasni Amir.


- Fazlieyana ZulkifleeπŸ’…
ASK 0140


5 Ogos 2017

Asyik cerita pasal latihan je kan? Viewers mesti bosan. So! Saya kan menceritakan babak yang dibawa oleh saya sendiri ersama dua rakan seperjuangan bagi babak ini, iaitu Adam Nordin dan Iman Tarmeze.



Watak - watak.

Dari kiri : Adam Nordin, Aqil Rosli dan Iman Tarmeze


Kawan 1 (Adam Nordin)

- Membawa watak sebagai diva, seksi mengikut cara artis pujaannya Celine Dion dan dia seorang yang mudah memandang rendah terhadap orang lain kerana bakat yang beliau kecapi.


Kawan 2 (Iman Tarmeze)

- Membawa watak seorang yang lemah cangguk, kaya tetapi dia pendirian yang tetap dan sering menjadi 'lalang' untuk mendengar kata-kata dua orang kawannya itu.


Kawan 3 (Aqil Rosli)

- Membawa watak seorang yang tegas, keras kepala juga sering berfikiran jauh tetapi seseorang yang baik kerana sering menasihati kawannya iaitu Adam Nordin dan Iman Tarmeze.


Babak 3 Sekawan.



Babak ini diwatakkan secara berlainan yang menunjukkan pelajar yang baru tamat SPM. Mereka masih tidak mebngetaui hala tuju mereka untuk masa depan. Menjadi tanda tanya buat mereka. Adakah mereka harus meneruskan pembelajaran ke peringkat seterusnya atau terus sahaja bekerja? Disebabkan pemikiran yang kolot dan tiada pendirian tentang, mereka memikirkan tentang tempat dimana mereka hendak sambung belajar, duit yayasan yang hendak dibayar semula dan macam-macam lagi.



Mereka terus keliru sehingga mereka melihat sebuah persembahan dari pelajar-pelajar ASWARA yang mengubah pemikiran mereka sebagai orang yang professional. Buang mentaliti kolot. Dengan kekaguman, salah seorang daripada mereka berkata "Apa kata kita sambung belajar di ASWARA, sambil itu kita boleh memerdekakan diri kita!". Mereka bertiga diam dan terfikirkan sesuatu. Dengan keazaman dan kesungguhan, mereka melayarkan diri merek di ASWARA.



Best kan? Datang tengok pementasan ni!


- Aqil Asyraaf  πŸ˜Ž
ASK 0117


6 Ogos 2017

Ini latihan pertama yang dijalankan pada hujung minggu. Bermula seawl jam 5:30 petang bagi sesi bergambar secara rasmi. Semua yang terlibat memakai seragam mengikut department masing-masing. Kumpulan ensemble dan production memakai baju berwarna putih dan berseluar jeans biru. Kumpulan musician pula berpakaian serba hitam. Sesi bergambar dimulakan oleh pelakon mengikut babak dan watak, seterusnya kumpulan musician.



Kami diberi pelepasan berehat pada jam 7:30 malam sehingga jam 8:20 malam. Malam ni tiada latihan bagi musician cuma latihan koreo bagi kumpulan ensemble untuk lagu Dream Catcher. Latihan terus-menrus sehingga jam 9:50 malam. Tak lupa juga malam ni kami didatangi oleh Amir Ameezan (sekali lagi), Naque Ariffin (pelajar Master di IKJ) dan lagi seorang tapi tak ingat nama.



Sesi briefing dipendekkan oleh Encik Adika berikutan esoknya kami mempunyai class pada waktu pagi dan Encik Adika mahu kami untuk berehat secukupnya. Setelah itu, sesi bergambar bagi bahagan pentas yang turut melibatkann Priyangka dan Encik Adika.



Latihan dismissed pada jam 10:30 malam.


- Hakim Rosnan πŸ’€
ASK 0162



PENEMUAN MEDIA BARU
- Miss Aisyah




Instagram semakin popular pada hari ini, tidak kira yang artis atau tidak artis, orang tua atau orang muda mahupun kanak-kanak semuanya mempunyai akaun Instagram mereka sendiri. Instagram mula mendapat perhatian netizen pada tahun 6 Oktober 2010 oleh Kevin Systrom  dan Mike Krieger. Aplikasi ini mulanya dilancarkan kepada pengguna IOS dan untuk versi Android pada April 2012, iaitu 2 tahun selepas pelancaran rasmi Instagram.

Instagram ada aura tersendiri dimana, aplikasi ini hanya untuk memuat naik gambar dan video yang bersertakan caption, places, tag people dan hashtag. Instagram berpotensi besar dalam menjalankan promosi kerana, bagi akaun yang dipublickan, post mereka akan muncul secara worldwide di bahagian explore. Juga boleh dikongsikan secara terus di Twitter dan Facebook. Kegunaan hashtag juga adalah satu platform untuk menaikkan sesuatu perkara. Contoh, Wak Doyok yang menggunakan #AkuYangPakaiKoYangPanas yang menggambarkan sikap sesetengah netizen.

Instagram kini telah dinaik taras untuk memultiplekan post yang bertujuan khas untuk pengguna yang suka memuatnaik gambar mereka dengan banyak. Pada April 2017, Instagram telah mencatat sebanyak 700 juta pengguna serta lebih 40 billion gambar telah dimuatnaik ke dalam aplikasi tersebut pada Oktober 2015. Ini menunjukkan bahawa Instagram boleh pergi lebih jauh dalam menjana dunia teknologi moden.

READY FOR THE SHOW!

7 Ogos 2017 Front Of House PROSA MANIA : TEKAD Dari kiri : Ariq Rifqi, Min Yee dan saya, Dylon Jesse Saya berperanan sebagai v...