"Courage is the most important of all the virtues because without courage, you cannot practice any other virtue consistently."
- Maya Angelou
- Maya Angelou
17 Julai 2017
Siapa Hasni Amir?
Hasni Amir, abang kepada 3 orang adik perempuannya. Merupakan anak sulung dan kebanggaan keluarganya. Hasni juga seorang yang berbakat besar terutama sekali dalam bidang muzik. Multitalented sebabnya dia ni berkebolehan dalam memainkan semua jenis alat muzik. Prosa Mania : TEKAD ini merupakan ideanya selepas dia mendapat ilham daripada sebuah karya asal 'New Hope - In The Heart Of The Sea'.
Beliau juga sangat berdesikasi dalam membahagikan masanya dengan kerjayanya sebagai pemuzik, begitu juga dengan sahabat baiknya iaitu Rakizul juga seorang pemuzik. Hasni mencari rezeki untuk menanggung perbelanjaannya dengan bermain alat muzik (Seakan Allahyarham P.Ramlee), memartabatkan seni muzik dalam dirinya. Ingin saksikan karya ini berjaya dengan jayanya? Maka dengan ini, kalianya semua diwajibkan untuk hadir menonton pementasan ini pada 11 & 12 Ogos ini bertempat di Panggung Eksperimen, ASWARA. Jumpa disana!
Beliau juga sangat berdesikasi dalam membahagikan masanya dengan kerjayanya sebagai pemuzik, begitu juga dengan sahabat baiknya iaitu Rakizul juga seorang pemuzik. Hasni mencari rezeki untuk menanggung perbelanjaannya dengan bermain alat muzik (Seakan Allahyarham P.Ramlee), memartabatkan seni muzik dalam dirinya. Ingin saksikan karya ini berjaya dengan jayanya? Maka dengan ini, kalianya semua diwajibkan untuk hadir menonton pementasan ini pada 11 & 12 Ogos ini bertempat di Panggung Eksperimen, ASWARA. Jumpa disana!
Hasni dah suruh datang tu! Datang!
- Dylon Jesse @ Francis 😎
ASK 0120
18 Julai 2017
Selasa pada jam 8 malam sehingga 10 malam. Kami pelajar Asasi Seni Kreatif melakukan latihan seperti biasa. Saya sebagai kumpulan ensemble untuk ProSa mania ini. Latihan pada malam itu adalah merupakan latihan full "Run Thru" untuk lakonan sahaja. Selain itu, kami memperkemaskan lagi pergerakan dan lakonan kami. Kemdudiannya, kami melakukan sedikit perubahan dalam jalan cerita oleh pengarah.
Rajah di atas kami berlatih untuk koreo lagu "They Don't Really Care About Us" oleh Michael Jackson.
Latihan untuk watak-watak utama iaitu, Diane, Yasmin dan Hairi.
Jadi, latihan pada malam itu diakhiri dengan sedikti komen daripada pengarah dan Pengurus Pentas. Latihan pada malam itu, mempunyai sedikit kekurangan dalam lakonan dan pergerakan. namun, kami akan melakukan lebih baik pada hari akan datang sebelum hari persembahan berlangsung.
-Syaqir Haiqal 😇
ASK 0122
19 Julai 2017
Helo dan Hi untuk hari latihan ProSa ke-17 bagi bulan Julai ini.
Latihan hari ini diistimewakan dengan kedatangan pensyarah fakulti tari yang dikenali sebagai Cikgu Boy. Kacak dan lembut gitu bila dia ajar tau. Penat dan teramat penat sebab bukan semua orang boleh menari, kan? Struggle is the key of successful. Dari semua yang macam kayu, termasuk saya sendiri macam 'magic' dalam filem Now You See Me sebab semua boleh menari selepas sejam berlatih, berlatih dan terus berlatih. Tak percaya kitaorang punya struggle tu? Tengok gambar dekat bawah ni. (Sempat lagi berlari ambil handphone untuk bagi gambar dekat viewers blog ni. Lagi gigih!)
![]() |
| Pengolahan tarian untuk lagu Gemuruh (Cikgu Boy yang pakai baju warna maroon tu) |
![]() |
| *On song - Oh mak kau HAHAHAHAHAHAHAHA |
![]() |
| Bukan senang nak tengok Abe Jack ni fokus. Selalu dia fokus dekat rambut je *Flip hair 😏 |
![]() |
| Ni semua acah-acah busy ke macam mana ni? Pengarah ProSa bersama Pengarah Pengurusan dan juga Pengurus Pentas. Orang-orang kuat ProSa (Semua dah berpunya k 😎) |
Latihan tamat dengan sedikit ulasan dari Cikgu Boy, Encik Adika dan Priyangka. Tak lupa juga dengan quotes Hamlet sebelum bersurai. Cukuplah tu, kalau nak tengok hasil yang sepenuhnya kenalah datang pada 11 & 12 Ogos 2017 bertempat di Experimental Theatre, ASWARA (boleh search di aplikasi Google Maps atau Waze). Bermula jam 8:30 malam. Harga tiket RM 5 untuk pelajar dan RM 10 untuk orang awam. Bawa kawan-kawan semua datang! Tak rugi! Sebarang pertanyaan lanjut, boleh ke akaun instagram @prosamania.
See you soon, viewers!
- Afiqah Shamsi 💅
ASK 0155
20 Julai 2017
Saya berperasan sebagai musician didalam Prosa Mania : TEKAD ini. Jadi pada hari ini bagi kumpulan musician, kami memfokuskan latihan kepada lagu pembukaan Prosa Mania : TEKAD yang bertajuk Impian. Lagu opening "Impian" ini sebernarnya diadaptasi dari soundtrack kartun Anime iaitu "Rakuen No Tsubasa". Semua bersemangat apabila memainkan lagu ini. Semasa dirakamkan, ada yang tersilap dan terlambat masuk tempo lagu terutamanya saya. Itulah namanya praktis yang memerlukan lebih latihan untuk menampakkan lebih sempurna. 'Practise makes perfect"
![]() |
| Song Jie dan cellonya. |
![]() |
| Mingle dan pianonya. |
![]() |
| Jaden Teh dan gitarnya |
Latihan berakhir dengan sedikit komen daripada Direktor Muzik kami iaitu Hasni Amir. Dia dengan yakinnya mengatakan jika digilap lebih lagi. Persembahan muzik ini akan turut sama-sama menyerikan serta menaikkan semangat kami semua di hari berlangsungnya Prosa Mania : TEKAD pada 11 & 12 Ogos ini!
ASK 0130
22 Julai 2017
Berikutan pada hari Sabtu ini, latihan di hujung minggu ditangguhkan mkepada minggu hadapan. Tempat latihan juga telah ditukarkan ke Blackbox ASWARA. Dengan kesempatan ini saya mempromosikan lagi Prosa Mania : TEKAD. Jangan lupa update terbaru tentang latihan kami pada hujung minggu hadapan!
"INI CITA-CITA, IMPIAN YANG KITA SENDIRI TENTUKAN"
Sebuah pementasan TEATER MUZIKAL yang berkisarkan tentang perjalanan, dilema dan cabaran yang dihadapi oleh pelajar-pelajar SENI. lakaran sejarah ini diterjemahkan dalam bentuk persembahan muzikal yang hebat dan menarik. Menggabungkan semua aspek seni dalam satu persembahan. Jadi kepada sesiapa yang mahu melihat anak seni baru yang akan menggilangi dunia
Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan projek seni akhir kami ini!
PROSA MANIA!!!
HARI : JUMAAT DAN SABTU
TARIKH : 11 &12 OGOS 2017
MASA : 8.30PM
TIKET : RM 5 (PELAJAR) & RM 10 (ORANG AWAM)
TEMPAT : PANGGUNG EKSPERIMEN ASWARA
Stay tuned! To be continued...
- Aqil Asyraaf 😎
ASK 0117
23 Julai 2017
"Belajar biarlah hingga ke akhir nyawa" ayat yang menerangkan sedikit sebanyak tentang kepentingan pelajaran di dunia.Namun adakah kita tahu tentang kehidupan sebelum dan selepas memasuki alam pengajian tinggi?Setiap graduan mempunyai pilihan untuk meneruskan pelajaran mengikut pilihan masing-masing ada yang mempunyai cita-cita untuk meneruskan pelajaran untuk menjadi jururebang,menjadi ahli koprat,doktor dan banyak lagi namun memilih seni sebagai pilihan pengajian menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pelajar dan ibubapa.
ProSSa memberi peluang kepada orang ramai tentang cabaran mereka yang mengambil seni sebagai pilihan mereka.Ada yang mempunyai masalah dari segi pendapatan,masa hadapan,halangan ibu bapa dan lain.Mengambil bidang seni sebagai pilihan masa depan merupakan suatu cabaran kerana bidang ini masih belum mendapat tempat di kalangan orang Malaysia yang berpikiran bidang seni ini tiada masa hadapan.Bagi pelajar yang menyambung pelajaran dalam bidang seni pula,mereka mempunyai cabaran dan yang terutamanya halangan daripada ibubapa.Antara cabaran lain bagi mereka ialah yuran yang dikenakan ketika di pengajian tinggi sehingga ada yang sanggup berkerja sampingan untuk menjelaskan yuran yang dikenakan.
Cabaran selepas menamatkan pengajian merupakan antara yang paling dirasai oleh setiap pelajar kerana mereka perlu mencari pekerjaan.Kebanyakan pelajar akan mengambil pekerjaan yang setaraf dengan pengajian mereka.Namun ada mahasiswa yang tidak dapat perkerjaan kerana peluang perkerjaan pada zaman sekarang adalah terlalu sedikit.Tidak terlepas bagi mereka yang mengambil bidang seni sebagai perkerjaaan mereka juga terpaksa melalui cabaran peluang perkerjaan.Bagi mereka yang mengambil bidang seni,mereka terpaksa merasai cabaran dalam industri kreatif kerana di Malaysia,industri kreatif masih sedikit sahaja peluang pekerjaan yang ditawaran dan terdapat pelbagai saingan.
Memberi pendedahan dan kesedaran adalah misi utama ProSSa 2017 tentang pelajar yang mengambil bidang seni.Membuka ruang minda dan pemikiran orang ramai tentang para pelajar yang mengambil bidang seni untuk membuktikan bahawa pelajar seni juga boleh berjaya.
Sekian dari saya yang memegang watak sebagai Mamat Hamlet.
- Hakim Rosnan 💀
ASK 0162









Tiada ulasan:
Catat Ulasan