"Sometimes it takes good fall to really know where you stand"
- Hayley Williams
Hello PROSA!
3 Julai 2017
Tercatatlah sejarah bagi asasi batch 2016/2017 bagi permulaan Projek Seni Asasi kami. Bertarikh 3 Julai 2017, ngam-ngam lepas tak berapa nak puas berhari raya. Dah kena datang first meeting dekat Studio Tari Utama, boleh dikatakan semua yang ambil bahagian datang malam ni. Tak kira lah bahagian teknikal ke, bahagian seni pentas ke, bahagian produksi ke, semuanya datang. So, malam ni disuam-suamkan dengan script reading.
Kumpulan ensemble berkumpul dalam satu bulatan besar, kemudian script reading dimulakan dari sebelah kanan En. Adika Zainal sehingga ke orang yang terakhir. Untuk bahagian produksi, perbincangan berjalan dihujung ruang STU agar tidak menganggu kumpulan ensemble. Kami berbincang tentang kerja-kerja yang sepatutnya dijalankan oleh produksi dan sebagainya. Bagi teknikal, dorang ni duk menung pasang telinga jela sebab Encik Toemoe tak dapat hadir malam tu. (KESIANNYA 😂😂😂)
Meeting habis pada jam 10 malam tapi belum jam 10 malam lagi bahagian lain dah balik dulu, cuma tinggal yang bahagian ensemble je dekat STU tu. Bahagian ensemble masih dalam pemilihan watak, jadi diberi masa sehingga esok malam. Bahagian produksi juga memainkan peranan sepanjang latihan berjalan, lebih-lebih lagi bahagian promosi.
(Gambar tak banyak sebab fokus sangat nak first meeting) Selepas selesai briefing dan semuanya, semua orang pulang ke pangkal jalan masing-masing sebab bulan yang paling memenatkan dah tiba!
-Dylon Jesse @ Francis 😎
ASK 0120
4 Julai 2017
Latihan rasmi pertama PROSA jatuh pada tanggal diatas, calltime pukul 7:45 malam tapi ada juga yang macam janji melayu. Yela, kalau boleh nak action macam raja pula bila datang lambat ke latihan. Okay! Harini pemilihan watak diteruskan lagi, I means sambung yang semalam punya kerjalah. Lepas semua dah settle.
Muncullah pula Hasni Amir ni dekat STU, dia potong orang punya excited bila Encik Adika kata "Jumpa esok malam!" bermakna latihan dah habis. Hasni nak buat casting vokal untuk menyanyikan setiap babak yang berlaku. BLABLABLABLA lepas semuanya dah officially settle. Haa yang ni baru betul-betul lega sebab memang dah boleh balik walaupun lewat sikit dari masa yang ditetapkan. Tunggu apa lagi? Balik isi perut lepastu tidur, esok ada class inovasi pukul 9 pagi 😩
- Syaqir Haiqal 😎
ASK 0122
5 Julai 2017
Latihan malam pada tarikh 5 Julai 2017 hingga 7 Julai 2017 takda apa yang nak diupdate sangat cuma latihan berjalan seperti biasa. Belum ada lagi posisi pentas, blocking dan semuanya untuk kumpulan ensemble. Tetapi pada malam 6 Julai 2017, musician telah memulakan latihan rasmi mereka di bilik muzik Bangunan Baru ASWARA selepas mendapat nota-nota pengubahan lagu daripada Hasni Amir. Maka, bermulalah juga a little tiny seksa untuk musician. (HAHHAAHAHA BARU ADIL!)
Latihan malam ni habis seperti biasa, balik bilik isi perut lepas tu tidur membuta sebab esoknya dah hujung minggu. Ni update macam 3 serangkai sebab 3 orang punya ha, taknak bazir ruang blog ni nak tulis benda yang sama 😁
- Afiqah Shamsi 💅
ASK 0155 / 5-7-2017
- Fazlieyana Zulkifli 💅
ASK 0140 / 6-7-2017
- Qairil Asyraaf 🎸
ASK 0130 / 7-7-2017
8 Julai 2017
Siapa Adika Zainal?
Beliau adalah pengarah bagi Prosa Mania : TEKAD ini. Bernama penuh Mohd Adika bin Zainal. Lahir pada tanggal 23 Disember 1983. Seorang suami sepenuh masa. Beliau memegang jawatan sebagai Pensyarah separuh masa di ASWARA. Begitu juga dengan rakan baiknya, Encik Yusmar Affendi. Beliau merupakan seorang graduasi ASWARA pada tahun 2010 (Degree in Theatre, Directing). Beliau juga merupakan seorang pelakon teater diluar ASWARA. Ada juga karya diadaptasi menjadi sebuah pementasan. Ideologi beliau sangat hebat. Tidak hairanlah jika ramai yang mengatakan kepada kami "Bestlah korang, Prosa ada Abang Adika yang handle)
![]() |
| Sorry Encik Adika, jumpa gambar ni je HEHEHEHE |
Bagi semester 3 ini, subjek Projek Seni ini dibawah bimbingan beliau. Dinamakan Projek Seni Akhir ASASI, maka terwujudlah sebuah pementasan separa muzikal yang diberi nama PROSA MANIA : TEKAD. Sejurus tamat sahaja silibus bagi subjek ini, beliau menggesa semua pelajar ASASI sesi 2016/2017 sama-sama berganding bahu dalam menjayakan pementasan ini.
Misi utama beliau ialah ingin menjadikan pementasan ini lebih baik daripada yang lepas dan juga menjadi batchmark terbaru bagi Pengajian Asasi Seni ASWARA. Misi beliau dah power! Jadi yang diluar sana jangan lupa hadir pada 11 & 12 Ogos ini ya!
ASWARA MELANGKAH KE HADAPAN BERSAMA TRADISI
- Aqil Asyraaf 😎
ASK 0117
9 Julai 2017
PENEMUAN MEDIA BARU
- Miss Aisyah
Bila sebut Facebook, semua orang tahu. Dari yang bersekolah rendah sampailah yang dah berumur pun ada juga akaun Facebook. Hebat betul penghasilan media baru oleh Mark Zuckeberg yang secara rasminya beroperasi pada 4 Februari 2004. Sudah hampir 15 tahun, Facebook ni beroperasi di seluruh dunia. Untung yang diperolehi oleh beliau, sudah semestinya berbillion USD. Sedikit info tentang Facebook.
Facebook adalah sebuah aplikasi laman sosial yang boleh menghubungkan orang diserata dunia. Bukan setakat itu, Facebook juga digunakan sebagai ruang untuk memaparkan aktiviti luar dan dalam negara yang tidak dipaparkan secara langsung di kaca televisyen. Ada juga yang menggunakan aplikasi Facebook sebagai laman untuk mereka meluangkan masa dengan bermain game melalui akses daripada akaun mereka sendiri. Facebook juga harus dikemaskini untuk mengikuti perubahan terbaru daripada aplikasi ini.
Pada hari ini, Facebook telah mencatat sebanyak 2 billion pengikut setiap bulanan. Sangat hebat penangang aplikasi ini. Tetapi setiap kelebihan pasti adanya keburukan atau kemudaratan atau apa-apa je. Facebook tidak mempunyai keselamatan yang kuat dimana menghalang hacker menembusi mana-mana akaun pengguna lain untuk tujuan yang buruk. Tetapi ini semua bergantung kepada kewaspadaan pengguna itu sendiri untuk kepentingan diri mereka sendiri.
Oh ya! PROSA MANIA juga menggunakan Facebook sebagai rangkaian terdekat bagi mempromosikan pementasan ini kepada orang luar. Berharap mesej kami ini dapat disampaikan dengan sebaiknya!
- Hakim Rosnan 💀
ASK 0162


Tiada ulasan:
Catat Ulasan